Payah juga hendak menjelaskan maksud "Teknologi Hijau" dalam perbincangan menentukan kulit majalah keluaran November 2008 tadi. Aneh, pelik, ganjil, dan hairan kerana masih ada teman sepejabat tidak memahami istilah TEKNOLOGI HIJAU.

Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana sememangnya istilah ini agak baru di Malaysia (walaupun sudah lama). Dalam bahasa Inggeris, istilah ini lebih dikenal sebagai GREEN TECHNOLOGY atau ENVIRONMENT TECHNOLOGY. Boleh baca di Wikipedia berkenaan istilah ini.

Secara ringkasnya, teknologi hijau mengaplikasikan segala yang ada di alam sekitar ini dan dijanakan menjadi sumber tenaga. Sumber tenaga asli mungkin maksudnya yang paling tepat. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Mudah sahaja maksudnya!

Isu ini amat penting. Obama dan McCain pun menyentuh isu ini semasa debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Melihat kulit majalah di atas pun ada juga pihak yang mempertikaikan. Alasannya, "Mana ada orang tanam pokok di dalam mentol!, Mana boleh daun menghasilkan tenaga untuk menghidupkan lampu," Saya pun menahan sabar dan gelak jawapan sinis itu yang agak kelakar juga. Dalam hati pun mengata, "Apalah mereka semua ini? Kulit majalah ini simbolik sahaja. Perlukah saya meletakkan gambar Empangan Bakun yang belum siap di kulit ini."

Walau bagaimanapun, syukurlah Puan Salina (Editor jurnal Malay Literature-isteri Lim Swee Tin) membantu memberikan penjelasan yang bernas. Agak-agak ada orang mahu mempertikaikan kulit majalah Time ini?
Kalau "orang putih" buat manalah ada orang mahu mempertikaikan.

Isu fokus ini dicadangkan oleh Arief Hakim Sani, bos PTS Publications. Ada sesiapa boleh berikan cadangan untuk isu fokus Dewan Kosmik tahun 2009?

23 komen:

Mohd Faizal berkata...

Cantik betul cover kali nih...ala-ala Scientific American ! anak sapa lah bagi idea..hehe 2 thumbs up!!

Cadangan untuk 2009

Jan - Nanoteknologi
Feb - Semikonduktor
Mac - Bioteknologi
April - Perkembangan dunia fizik
Mei - Teknologi sensor
Jun - kepintaran buatan (artificial intelligent)
Julai - teknologi komputer
Ogos - Kosmologi
Sept - Dunia atom
Okt - Teknologi Nuklear
Nov - Revolusi / evolusi teknologi internet
Dis - Telekomunikasi & Rangkaian

(sekadar cadangan)

Ticer Syah berkata...

hoh.. sampai setahunnye topik.. kuikuikui..

masukkan skali citer tentang bayi tabung uji atau kaedah rawatan utk dapatkan zuriat
lebih best kalau dptkan citer terkini ttg bayitabung uji yang berjaya dilahirkan tu. leh tak? tersangatlah interested.. hehe

lagi satu.. (baper banyak daaa...)
leh tak citer sket pasal hmmm.. mcm mana nak dapatkan jantina anak yg diingini. kathospital swasta ada tunjuk brosur.. tp boleh tak u intai citer ini melalui sudut sains n agama. amacam? bes tak tajuk kami.. kekeke

Unknown berkata...

Salam,

Saya amat berkenan dengan wajah kulit DK ini. Ada nilai ilmiah dan ada sisi komersial.

Tahniah!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dewan Kosmik, dengan paparan terbaru.


Encik Anuar, saya ada pandangan berkenaan Saudara Azli dalam blognya, saudara sebagai yang berkelulusan agama saya minta untuk berikan pandangan terhadap pendapat saya berkenaan kesederhanaan itu. Maklumlah saya ni dulu belajar agama di pondok, kampung.
Harap saudara sudi ulas pandangan saya tentang kesederhanaan itu.

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar, bolehkah Saya memberi cadangan saya tentang isu 2009? Dengan pengalaman saya menjelajah banyak negara di dunia, tentu saudara boleh mendapat sedikit manfaat?

Tanpa Nama berkata...

1. Rashia Racun Dalam Makanan

2. Penyakit Tersembunyi Dalam Tubuh

3. Membongkar Permukaan Bawah Salji.

4. Kehidupan Dasar Laut

5. Teknologi Selepas Tel. Bimbit

6. Pertembungan Air Tawar dan Air Laut, bagaimana menjelaskannya?

7. Penerokaan Angkasa (Kehidupan Baru Selain Bumi)

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Idea diberikan oleh Allah. hehe (itu sudah tentu, kan).
Terima kasih atas cadangan untuk fokus DK 2009. Namun kami perlu sesuaikan dengan bidang-bidang sains yang lain.

Puan Mamida,
Saya tertarik dengan cadangan yang kedua. Menarik. Mungkin akan dipertimbang. Terima kasih.

Puan Zaharahanum,
Jenuh saya mempertahankan konsep kulit itu. Syukur diterima juga.

Dato' Adil,
Saya akan memberikan pandangan di blog Tuan Azli.
Terima kasih atas cadangan fokus untuk DK. Saya amat menghargai keprihatinan Dato' Adil terhadap semua majalah DBP.

Tanpa Nama berkata...

nuar..nuar..

Nasib baik tak kena meeting editorial 3 hari non stop mcm kitorang kena dulu. apa2 pun kena pekakkan telinga. tak payah amik hati kat orang yang tak paham tu..anggap aje diorang jeles..sebab diorang tak dapat buat cover cantik..kan..kan..

erin

Tanpa Nama berkata...

serius menarik sgguh cover DK kali ni!Tahniah en.anuar!

Tanpa Nama berkata...

Bos saya ada bercadang nak beli Majalah Kosmik ni 2000 untuk setiap stafnya, sebab salah satu syarikat kami ada meneroka bisnes tentang tenaga alternatif. Tapi bos nak tahu dulu apa informasi dalam keluaran kali ini.

Tanpa Nama berkata...

Encik Anuar, cover majalah memang cantik. Tapi perasan tak logo bahasa jiwa bangsa kat tepi tu, kalau turun sikit atau tak letak kat situ mesti lebih menarik.

Staf Dato Adil.

Tanpa Nama berkata...

Tentang rakan sepejabat yang tak faham istilah tu memang saya pelik juga. Kami di swasta pun tahu, kenapa rakan sepejabat tak faham perkara tu? Tapi tak apa, hal ini memang berlaku kerana mungkin malas membaca. Namun kesediaan Encik memaparkan majalah dalam blog bukti saudara seorang yang terbuka, itulah kata bos saya.

Cuma kata bos saya jangan jadi macam Majalah Masyarakat, nanti tak kemana, sebab tertutup pemikirannya.

Staf Dato Adil.

Unknown berkata...

Puan Erin,
Orang lama kata, sudah lama tidak dibuat mesyuarat sebegini. Syukurlah tidak lama (sehingga malam). Tidaklah sampai ambil hati, cuma agak terkilan dan kecewa sahaja.

Puan Fadhilah,
Dengan harapan supaya kulit yang cantik ini dapat membantu meningkatkan jualan.

Dato' Adil (dan rakan sekerja),
Kami berbesar hati sekiranya Dato' Adil dan rakan sekerja sudi mendapatkan naskhah ini dalam jumlah yang banyak.

Secara ringkas, fokus keluaran pada kali ini ada tiga artikel, iaitu "Menyemai Teknologi Hijau di Malaysia", "Reka Bentuk Bangunan Hijau, Mengurangkan Pemanasan Global", dan "Teknologi Hibrid: Selamat Tinggal Petrol!" Maklumat lanjut, lebih baik sekiranya diperincikan melalui e-mel.

Berkenaan logo Bahasa Jiwa Bangsa, dukacita dimaklumkan kulit ini sedang dicetak. Terima kasih atas cadangan itu.

Berkenaan "pemikiran", Dewan Masyarakat bukanlah terletak pada sidang editorialnya. Mungkin mereka tertakluk pada kehendak orang atasan. Orang atasan pula mungkin terpaksa mengikut telunjuk orang lebih atas. Segala MUNGKIN berlaku.

SITI berkata...

Saya ingin cadangkan supaya artikel dewan kosmik ini punya rujukan yang lebih lengkap. Sebagai perbandingan, lihat majalah seperti Cleo, mereka ada rujukan kedai dimana pembaca boleh mendapatkan barangan yang terdapat dalam majalah itu.

Dalam sains, rujukan sangat penting. Kita tidak boleh hanya bercakap/ menulis bahawa orang ini telah berbuat begitu begini. Maka, saya syorkan dewan kosmik menulis rujukan di muka akhir majalah. Maka, pembaca boleh merujuk dan mambaca lebih lanjut kajian2 yang telah dirujuk oleh pengarang dalam mengarang artikelnya.

Cadangan 2009?
Saya fikir encik faizal aka mundarmandir itu punya pengetahuan luas dalam bidang fizik. Dia akan gumbira jika bidangnya itu dijadikan topik dewan kosmik.

Maka, saya yang sedang mengaji dalam bidang genetik ini akan menjadi gumbira jika bidang kajian perwarisan ini dijadikan isu perbincangan dewan kosmik.

Seperti "mama cute", saya pasti ramai yang ingin tahu ttg IVF dan PGD. Memang seronok bidang ini. Bayi2 ini tidak ada beza pun semasa membesar. Cuba kejadian persenyawaan mereka bukan di dalam rahim. Itu sahaja yang membezakan mereka.

Beberapa topik cadangan untuk 2009:

1. Aberasi kromosom manusia
2. Teknologi dan Ketidaksuburan
3. GMO - Genetically modified organism
4. Darah dan kehidupan
5. Human genome project

Harap Dewan Kosmik perlu lebih detail, lengkap dan kemas supaya lebih tinggi tahapnya daripada majalah estidotmy dan ruangan2 sains dalam akhbar harian. Dewan kosmik perlu lebih tinggi martabatnya.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Salam Pertemuan.

Dalam kesempatan (5 minit) ini, saya mengucapkan terima kasih atas pandangan Encik Anuar itu. Saya amat menghargainya, memahami dan maklum akan apa yang di sampaikan.

Terima kasih.
Dato "Adil"

Tanpa Nama berkata...

ISU

Dalam mesyuarat dengan beberapa rakan-rakan yang lain tentang perniagaan, kami pada masa rehat (Makan) sempat bicara berkenaan isu sains gara-gara satu produk yang ingin dikomersilkan dalam perniagaan.

Isunya berkenaan dengan penggunaan anggota palsu dalam tubuh manusia. Bila difikirkan, saya teringat Majalah Saudara dan nampak seperti menarik. Maksudnya cuba saudara fikirkan dalam tubuh manusia berapa banyak penggunaan anggota palsu? Banyak kan? Buat lakaran tubuh manusia dan tandakan anggota palsu yang telah dicipta? Apakah pula anggota yang tidak boleh dipalsukan?

Denanz ... berkata...

tuan anuar,
tanhiah, tahniah.
biasa la mesyuarat.
mesti ada yg tak bekenan.
kalau nampak cantik @ dah ok pun, mesti jugak nak komen.

erin. macam nak balik ke bahagian jer.
macam rindu nak mesyuarat panjang2 jer.
haha.

Unknown berkata...

Cik Siti,
Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Ada beberapa idea yang boleh dijadikan idea fokus.
Berkenaan rujukan, konsep itu sama seperti jurnal ilmiah. Dewan Kosmik memang majalah ilmiah, tetapi perlu menyantuni pelbagai golongan pembaca. Maksudnya tidak boleh terlalu santai, dan tidak boleh terlalu berat. Terima kasih:)

Dato' Adil,
Memang sains boleh diniagakan. berkenaan tubuh palsu di dalam tubuh badan manusia, ia idea yang baik. Idea yang Dato' Adil berikan pada komen yang lalu pun kami akan kaji untuk dijadikan isu fokus. Terima kasih ya.

Tuan Adnan,
Saya bersyukur ada juga yang suka memberikan komen apa-apa yang kita buat. Risau betul jika tidak ada orang komen. Jika terjadi begitu, maksudnya orang dah tak kisah dengan kerja kita.

Erin rindu MAJALAH kan!

Tanpa Nama berkata...

eeiii, tak kuasa akakkk. Kat buku teks lagi seronok.

erin

Tanpa Nama berkata...

Kosmik mana boleh macam assignment kan... kan ada rujukan. Apapun terima kasih.

bboyhasif89 berkata...

wow..
sy mmg minat sains..
bagus untuk orang2 muda berbangsa melayu.. teruskan usaha..

Adlan berkata...

sekarang ni, designers pun kena arif pasal trend eco-friendly atau mesra alam. demi bumi yang tercinta ni, byk produk direka supaya dpt memenuhi ciri2 mesra alam ni.

wah. masih samar lagi masa depanku..

Unknown berkata...

Puan Erin,
Mana-mana pun mesti kena seronokkan diri kan.

Tuan bboyhasif89,
Semoga ilmu sains dapat diajarkan dalam bahasa Melayu.

Tuan Adlan,
Kerana mereka yang mencipta pelbagai alat yang boleh memusnahkan alam.

Insya-Allah rezeki Allah itu ada. DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal).