Dalam Dewan Kosmik keluaran Oktober 2008, saya tidak mempunyai masa untuk menulis. Sekadar dapat menulis beberapa halaman sisipan. Yang lainnya, menyudahkan kerja-kerja penyuntingan dan pentadbiran seperti memilih kulit majalah (walaupun akhirnya bukan saya yang memilih gambar Sheikh Muszaphar yang "pecah" ini-kerana sudah bercuti).

Fokus utama, Setahun Selepas Kembali Dari ISS, Dr. Sheikh Muszaphar Ingin Kembali ke Angkasa ditulis oleh Maisarah M. Hambal (nama samaran) yang merupakan wartawan akhbar. Terima kasih Kak kerana membantu saya mewawancara Sheikh Muszaphar (SMS).

Antara fakta yang ditulis:
  • SMS mahu kembali ke ISS.
  • Mahu menghimpunkan sembilan angkasawan Islam lalu menubuhkan persatuan angkasawan Muslim.
  • Mahu menjelajah ke serata tempat/dunia menerangkan kaedah melaksanakan ibadat di ISS.
Off record:
  • Kesal dan sedih dengan MOSTI yang "mengabaikan" angkasawan pertama negara. Kebanyakan program yang dilakukan SMS menggunakan wang sakunya sendiri.
  • MOSTI tidak melakukan program susulan yang lebih berkesan untuk meneruskan program angkasawan.
  • SMS kesal banyak graduan aeroangkasa tidak menggunakan ilmu dalam bidang aeroangkasa. Disebabkan tiada permintaan pasaran.
Saya merasakan semua ini berlaku disebabkan pertukaran Pak Menteri MOSTI, yang mungkin kurang berminat dengan program angkasawan ini. Terus terang, saya cemburu melihat China berjaya ke angkasa lepas dengan roketnya dan taikonautnya (angkasawan dalam bahasa Cina) sendiri (baju taikonaut pun Made In China). Korea Selatan pula akan melancarkan roket satelit sendiri dari bumi Korea. Jangan terkejut kerana Indonesia juga sedang membangunkan roketnya. Baca di sini.

Saya pernah mengkritik cadangan mahu membeli Soyuz. Baca di sini. Syukur mereka tidak jadi beli. Nanti orang mengata, "Kejayaan program angkasawan Malaysia: MEMBELI SOYUZ BUANGAN."

8 komen:

Adlan berkata...

hm.. teringat lagi SMS pergi ke ISS dan menjadi topik hangat orang kampung ketika pulang beraya tahun lepas.

macam2 jadi kat politik malaysia. kesian juga. bagaimana pula dgn mejar faiz khalid ya?

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Nuar dan Isteri

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Itu kisah lalu. Yang terkini, ada kuiz sempena setahun selepas program angkasawan.
Dr. Faiz pula lebih hangat dengan kisah cintanya.

Tuan Nadmin,
Salam eid. Aku akan datang ke rumah kau nanti.

Ticer Syah berkata...

cian my SMS... hehe.. nasib baik duit banyak, leh kuar duit poket sndiri.. biasa la menteri lain take over, program lain masuk.. mcm la ngan kitaorang ni.. menteri bertukar, dasar pelajran pon bertukar.. sengal.. last2 kitaorang jadi macam bola laaa.. hehehe..

Ticer Syah berkata...

eh... selamat hari raya to both of u. lupa polak nak wish.. kuikuikui

Marliza Radzi berkata...

nasib baiklah tak jadi beli Soyuz.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Selamat hari raya!

Unknown berkata...

Puan Mamida,
"mcm la ngan kitaorang ni.. menteri bertukar, dasar pelajran pon bertukar.."

Ini situasi biasa. Sudah dapat diagak dan tidak menghairankan lagi.

Salam eid puan!Taqabbalallahu minna waminkum.

Puan Am,
Kalau tidak, berhabuklah di Planetarium.

Puan Ainon,
Salam eid puan!Taqabbalallahu minna waminkum.