Sudah lama juga meninggalkan pembacaan buku-buku berbentuk bisnes/ekonomi/pengurusan. Sejak di DBP, banyak dihabiskan dengan membaca buku/majalah berbentuk sains kerana mahu meningkatkan pengetahuan berkenaan bidang yang agak asing dengan jiwa. Untuk pembacaan santai, novel pula menjadi pilihan. Kini, saya sedang menikmati isi kandungan buku-buku berkenaan rumah tangga hadiah sempena pernikahan daripada Encik Armin (Editor Pelita Bahasa) dan rakan sekerja Isteri, Tarmizi.

Seronok sebenarnya menulis artikel berkenaan ekonomi/bisnes. Tawaran daripada Azli untuk menulis artikel dalam majalahnya, mudah sahaja saya terima. Selain mengetahui selok belok perniagaan, dapat juga mengetahui rahsia kejayaan beberapa syarikat multinasional. Seolah-olah membaca buku motivasi apabila mengetahui kisah kejayaan mereka. Contohnya Red Bull, bermula daripada "kosong", kini mampu menyaingi Coca-Cola ataupun Pepsi. Malah daripada minuman tradisi masyarakat Thailand, minuman ini berjaya menembusi pasaran dunia sehingga menjadi salah satu pasukan lumba kereta F1.

Begitu juga dengan Nissan yang pernah hampir-hampir bankrup, mampu bangkit selepas diambil alih oleh Renault. Di Jepun kini, Nissan meraih jualan kedua tertinggi di belakang Toyota, yang mengatasi Honda.

Berlainan dengan pengeluar kamera filem, Agfa, yang kini gulung tikar walaupun hampir 100 tahun berada di pasaran kerana tidak mahu mengubah strategi bisnes daripada kamera filem kepada kamera digital.

Tepat judul yang Azli berikan, "Bagaimana Mereka Melihat Pemasaran?"

8 komen:

Ticer Syah berkata...

salamz.. betol la.. pemasaran memainkan peranan penting. kalau barang/produk sehebat mana pun tapi takde teknik pemasaran yg betul pon tak jadi jugak.
begitu juga sebaliknya.. kalau barang itu tak baper bagus dan takde gerenti.. tapi pemasaran dasat.. orang tetap akan beli.
macam iklan makanan segera kat media skang ni.. kita tau makanan tu suma tak bagus dan akan beri kesan yg tak elok dalam masa panjang.. tp orang still beli sebab cara dia buat pemasaran yang dasat dan mampu mengguda hati pembeli.. so.. that particular makanan still laku sampai la skang.
jadi strategi pemasaran kena tip top dan sentiasa bertindak outside the box. kalau dok ikut flow lama.. habis la itu kampeni.. huhu..
macam kampeni yang kami dok wat nih.. tak mau langsung ubah strategi. dok percaya stail lama.. pergi jumpa orang one by one dan tak nak masuk ke iklan perdana.. masalahnya.. orang lebih percaya pada iklan kat tv.. bila orang tanya.. ee.. tak pernah dengar pon produk u ni.. betol ke bagus..
haa... tengok.. people believe the things seen on tv eh.. :)

Tanpa Nama berkata...

Betul Nuar,

Sekarang ni tempe dah dijual di Holland..dengan nama Vendetempe..siapa sangka tempe (makanan popular orang jawa, mampu ke sana)
Malah orang kat sana membaiki teknologi pembuatan tempe menggunakan mesin sepenuhnya..

nadmin

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Kadangkala tidak semestinya pemasaran berkesan dengan iklan di tv. Buku atau majalah misalnya, jarang sekali kita melihat ada iklan di tv, jualan tetap berjalan seperti biasa. Bergantunglah...

Tuan Nadmin,
Bapa mertua aku berketurunan Jawa. Semalam aku makan tempe lagi.

Wasunni Al-Kelantani berkata...

annuar...

Kementerian kesihatan UK tak galakkan rakyatnya minum air red bull sbb kajian saintifik menunjukkan air red bull bleh merosakkan sistem darah manusia...

Nadmin..

kat Holland mmg tak pelik kalau makanan dari indonesia mcm tempe dijual di merata tempat sbb kat sana terlalu ramai org indonesia menetap di sana dan ramai yg kahwin dgn Dutch...bahasa di sana juga banyak yg sama dgn bahasa indonesia...sebagai contoh, kedai dipanggil toko, polis di panggil polisi, khinzir di sebut babi, nasi disebut nasi dan mcm2 lagi la..

Ticer Syah berkata...

masalahnye kampeni yg kami masuk ni.. jangankan kata iklan tv, iklan dalam magazine ngan suratkhabar pon tanak..

Wasunni Al-Kelantani berkata...

saja nak mencelah msg mamacute..hehe..jgn marah yer tuan punya blog

kompeni apa yg tak nak buat iklan ikut tv dan majalah tu..ke bujek iklan dia ciput kot...hehe..

ke kompeni ni nak tiru style direct selling atau MLM kompeni

Unknown berkata...

Tuan Salleh,
Aku akui memang Red Bull ada bahaya jugalah. Gula terlalu tinggi. Aku sendiri minum semasa memandu (hilang mengantuk) dan kalau penat sahaja.
Bahasa Indonesia memang kuat sehinggakan penjajah pun terikut-ikut menggunakan bahasa mereka.

Puan Mamida,
Syarikat itu ada pelan strategi kot. hehe

Ticer Syah berkata...

kuikui.. den rasa dia bajet ciput lah.. kuikui