Terkejut apabila melihat papan tanda menutupi kedai buku Borders Times Square (tingkat satu) yang menyatakan kedai itu sedang diubah suai. Kata hati saya semasa berjalan ke tingkat dua Borders, "Wah! Borders semakin cantiklah selepas ini."
Saya pun bertanya kepada juruwang semasa hendak membayar buku yang dibeli. Rupa-rupanya tujuan Borders diubah suai bukannya untuk semakin cantik, tetapi semakin mengecil. Kata juruwang itu, "Banyak ruang kosong di tingkat dua ini. Sebab itulah dijadikan satu tingkat sahaja."
Sebenarnya saya menyangkakan perkara negatif dengan perubahan ini. Mungkinkah keadaan ini disebabkan kita kurang membeli buku (membaca mungkin banyak)? Khuatir juga sekiranya dengan perubahan ini akan menyebabkan buku-buku dan majalah-majalah Bahasa Melayu tidak diberikan ruang seperti yang sedia ada.
Namun saya agak gembira kerana baru mengetahui seorang pengurus Borders itu rupa-rupanya teman sekelas di UIA. Boleh dapat diskaun! Buku yang dibeli semalam pun dapat diskaun 10 peratus. Jadilah... Borders seperti Kinokuniya yang tidak pernah ada jualan diskaun.

10 komen:
anuar..
aku rasa kan..ramai org Malaysia minat membaca..tetapi faktor kekangan ekonomi semasa menyebabkan mrk bantutkan dulu usaha dalam pembelian buku..lagipun harga buku bleh tahan la jugak mahalnya..maybe ramai yg lebih suka beli yg second hand atau pinjam dgn kawan buku2 yg nak dibaca..
itu cuma andaian aku je..hehe
Tuan Salleh,
Banyak faktor tentang polemik dunia buku. Polemik yang menyeronokkan sekiranya diperbincang.
tapi Borders ada 3 For 2 dskaun, get 3 books for the price of 2. tapi for selected books jelah. tapinya, selalunya selected books tu yang best!
banyaknya tapi :P
Puan Am,
Tapinya itu banyak buku yang dipamerkan di meja hadapan.
aku duk perati kat london ni, org putih ni kalu ada masa kosong je mesti baca buku..atas bas, dalam tube, tgh tunggu kawan dan mcm2 keadaan lagi la..diorg ni mesti tak berlenggang dgn buku..malahan kat sini akhbar harian adalah percuma..tak yah bayar langsung dan boleh diambil di serata bandar london..
harga buku kat sini pun murah2...tu yg seronok tu..kat sebelah umah aku ni ada satu kedai yg jual buku2 pasal filosofi, law, aerospace, HR, training dev dan lain2 dgn harga serendah 0.50 pence sahaja..mmg setiap minggu aku akan beli buku kat situ..bleh buat library nanti..hehe..
Tuan Salleh,
Semua orang tahu budaya ilmu negara luar. Namun kebelakangan ini sudah ada sedikit perubahan dalam budaya pembacaan orang Malaysia. Pesta buku semakin banyak diadakan. Maknanya sudah ada pembeli.
Tuan Anuar..
yes..budaya ilmu ini mmg sudah lama di luar negara..tp pgalaman aku semasa berkunjung ke Belanda, Perancis, Dublin, Scotland dll., budaya membaca di tempat2 awam 'kurang yang amat' berbanding tempat2 di sekitar UK...maybe diorg baca kat rumah kot..hehe
Tuan Salleh,
Tapi aku paling seronok kerja di DBP ini, boleh membaca buku/majalah/akhbar bila-bila masa sesuka hari walaupun sedang bertugas.
betul juga.. xperlu kedai yang luas. bukan nak main bola pn dalam kedai.. yg penting kena sesuaikan dgn bilangan buku.
pelik jugak kenapa awal2 dlu borders sampai 2 tingkat..
Tuan Adlan,
Buku sebenarnya terlalu banyak. Cuma kadang-kadang kita terlalu kedekut untuk berbelanja buku.
Catat Ulasan