Bukan sahaja hitam apabila diletakkan di dalam peti ais, malah pisang boleh berubah lebam apabila dibiarkan terlalu lama, atau terlalu masak walaupun tidak disentuh. Keadaan ini berubah sedemikian kerana etilina, hormon asli yang berperanan meranumkan buah itu tidak berhenti menghasilkan hormon.

Tiada cara untuk menghentikan hormon etilina, cuma boleh diperlahankan penghasilan hormon itu, iaitu dengan cara meletakkan pisang di tempat yang tidak sesejuk peti ais, tetapi lebih sejuk daripada suhu di dapur. Sekiranya diletakkan di dalam peti ais, sebatian polifenal yang menukarkan warna hitam pisang akan terhasil. Ini disebabkan suhu sejuk yang bukan suhu tropika pisang boleh membunuh sel permukaan pada kulit pisang.

Namun, keadaan pisang di sebalik kulit itu tetap elok walaupun kulitnya berubah hitam.

Cuba perhatikan cimpanzi atau monyet mengopek kulit pisang di zoo. Binatang ini mengopek kulit pisang berlawanan arah dengan cara kita mengopek.

10 komen:

Marliza Radzi berkata...

ye ke? mereka kopek terbalik eh? hmmmm.

Unknown berkata...

Am,
Rasanyalah. Ini yang rasa mahu ke zoo.

S.YanaZ berkata...

Kenapa mereka kopek terbalik,
bang Nuar?
:)

Unknown berkata...

Puan Shahriah,
Ini yang saya rasa mahu wawancara mereka. haha

Denanz ... berkata...

nuar,
kalau nak wawancara, ajak Puan Shahriah sekali.
"Dia kan Cikgu".

S.YanaZ berkata...

Nuar,
En.Nan tuh xde keje tauuu...
Hari2 dia update bloggg...
So suh je En. Nan p interview
'kwn2' di zoo...

'Sait inkam' tuhhh.
;p;p;p

mariahsj berkata...

Salam,
Memang betul. Kak ton buat jemput-jemput pisang je lepas tu. Kalau tidak, tak ada siapa nak makan.

Amiene Rev berkata...

Agaknya, itulah perbezaan antara manusia dengan monyet.

Unknown berkata...

Tuan Adnan,
Dia mesti bawa anak murid sekali. Lepas itu dia cakap, "Jalan dua-dua semasa tengok monyet."

Puan Shahriah,
Tunggu sahaja dalam Dewan Budaya.

Puan Zaitun,
Rumah dekat. Sms la:)

Tuan Amiene Rev,
Itu perbezaan luaran.

mnr berkata...

anuar,

kad jemputan yang comel itu, aku dah terima hari Sabtu..
Insya Allah akan hadir..