Di DBP, Bahagian Majalah dikatakan bahagian yang paling sibuk, stres, dan pelbagai lagi gelaran dicopkan kepada bahagian ini.
Dalam masa setahun, dua sahabat bahagian ini meninggal dunia, Kak Norraya Mohd Yusof (Ketua Kerani) dan Kak Rohaya Mohd. Yusof (Penolong Editor Dewan Sastera). Mereka bukan adik beradik, kebetulan nama hampir sama.

Semasa ke Cherating inipun, Kak Zaiton Abu Samah (Editor Dewan Siswa) masih lagi sedang menjalani rawatan kemoterapi. Kak Rozninah Abd. Azib (Editor Dewan Sastera) pula baru sahaja dibenarkan keluar dari wad hospital.
Semasa di sana, diadakan majlis membaca Yassin. Semoga dengan berkat membaca ayat al-Quran itu, kami dikurniakan keberkatan kesihatan dari segi mental dan fizikal. Kami berdoa semoga ruh sahabat-sahabat berada dalam keadaan tenang.

Sekurang-kurangnya program ini dapat menguatkan persahabatan kami dan meningkatkan motivasi menjalankan tanggungjawab.

7 komen:

azlishukri berkata...

Moga bahagian majalah akan lebih bahagia...cantik pula si miza dalam gambar tu..

Usratika berkata...

nuar..tahun ni ko pergi sorang..tahun depan berdua atau bertiga?hehehe

Denanz ... berkata...

Seronoknya sesekali dapat bermesra ria. Sayang, saya tak dpt menyertainya. Insya-Allah tahun depan.
Azli ... oits ...oits ... miza saja yang cantik ... ehmm.

S.YanaZ berkata...

Nuar,
Tak nmpk muka geng majalah punnn...
kecik...

:P

mariahsj berkata...

Nuar,
Tahun depan saya join, sekiranya diizinkan Allah, boleh?
Seronok melihat bahagian majalah bergabung tenaga dan mengukuhkan silaturrahim. Ada peminat Miza ye...))

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Miza??Apa lagi???

Tuan Malie,
Insya-Allah...

Tuan Adnan,
Sayang gambar tidak terlalu cantik kerana tiada "jurugambar" itu.

Puan Shahriah,
Klik di gamabr, baru nampak besar.

Puan Zaiton,
Amin...

S.YanaZ berkata...

Kenapa sy tak boleh klik?