Di kedai-kedai buku rangkaian terbesar di Malaysia seperti MPH, Popular dan Borders ada dijual majalah Dewan Kosmik. Di Kinokuniya pun ada. Malah ada sesetengah kedai serbaguna 7 Eleven turut menjual majalah Dewan Kosmik. Di kedai-kedai buku kecil pun ada, ada di semua kedai buku universiti, di Pustaka Mukmin di Jalan TAR, Badan Cemerlang di Plaza Angsana Johor yang membukit majalah-majalah DBP, dan kedai majalah di BB Plaza juga ada (Saya suka kedai majalah ini. Banyak majalah. Murah sedikit berbanding dengan kedai lain).

Cuma majalah ini tidak banyak dijual di kedai-kedai mamak tepi jalan, di Puduraya pun tidak ada. Ada banyak tempat lagi belum menjual Dewan Kosmik. Mengapa?

Saya percaya ada tiga sebab.
  1. Tiada promosi meluas. Buktinya banyak orang tidak tahu kewujudan Dewan Kosmik. Apabila saya kata, "Saya editor Dewan Kosmik." Jawab orang itu, "Hmm." (Jawapan orang yang tidak tahu majalah ini). Ataupun mereka berkata, "Dewan Kosmik itu apa?"
  2. Pemasaran tidak meluas. Apabila tiada promosi, sudah tentu orang tidak tahu adanya Dewan Kosmik. Kemudian pastilah tiada permintaan. Kemudian pegawai pemasaran Dawama pun berkata, "Kami bukan tidak mahu menghantar majalah, tetapi tiada permintaan." (Baling batu di kepala baru tahu!)
  3. Isi kandungan tidak menarik. Ini berkaitan dengan editorial Dewan Kosmik yang dilaksanakan oleh dua orang, saya dan Puan Norizan Muslim (hampir 15 tahun di Bahagian Majalah DBP).
Berkenaan dengan isi kandungan... Sejak saya mengendalikan Dewan Kosmik, saya cuba tidak "memberatkan" isi kandungan. Saya menurunkan tahap keupayaan membaca (readibility index) majalah ini sehingga pelajar sekolah rendah. Maksudnya pelajar sekolah rendah pun memahami isi kandungan Dewan Kosmik.

Namun saya menyedari ada sebahagian artikel yang ala-ala seperti tesis atau kertas kerja wacana. Ini perlu dimuatkan dalam Dewan Kosmik memandangkan ada juga pembaca dalam kalangan pelajar universiti, saintis dan pensyarah universiti.

Saya amat berharap sebarang cadangan penambahbaikan Dewan Kosmik. Sebab itulah diwujudkan ruangan surat pembaca. Di bawah surat pembaca yang baru diterima semalam. Surat yang ditulis oleh pelajar sekolah menengah.
Surat 1
Surat 2

7 komen:

mama cute berkata...

salamz encik anuar manshor. saya ni dari kecik sampai le ke besor peminat setia magazine keluaran DBP.

Antaranya Dewan Pelajar (masa kecik2 dulu)dan Dewan Siswa (kat sini la saya dpt mengembangkan isi kandungan karangan2 saya masa kat skola menengah. Dewan Kosmik plak ada la skali dua saya beli. Tapi takdela seperti magazine yang dua tadi sbb every month mmg saya tak pernah miss.

Bila menginjak ke usia remaja plak, i think around 16 and 17, saya bekenalan plak ngan Remaja terbitan Karangkraf. Actually Remaja ni Babah saya haramkan dalam rumah sbb you know what it's like. Kata Babah saya, tak membina minda dan lain2. Asik2 pasal fashion, cinta etc.

So, di sini sudah tentu la en Anuar Manshor tau kenapa majalah bersifat akademik ni tak dibeli orang.

Sebabnya
a) zaman skarang ni ramai orang suka pada hiburan
b) majalah sekarang banyak yang menjurus kepada fantasi (malang skali ramai orang suker jenis ni)
c) suma media lebih suka menwar-warkan kehidupan artis la rather than the tokoh2 akademik or tokoh2 yang hebat pada zaman dahulu.

I was so lucky to have a father like Babah yang lebih mementingkan akademik sbb dalam rumah kami dulu ada library sendiri. Majalah suma yang bermaklumat dan majalah2 seperti URTV, Hai, Remaja, Mangga terpaksa saya sorokkan sbb kalau Babah jumpa wajib kena bakar. huhu.. tapi masa tu saya tak sedar lagi (maklum le.. jiwa muda..hehe) Tapi bila dah menginjak dewasa ni, dah ada anak plak, then I only remember betapa bagusnya magazine2 yang Babah saya suruh saya baca. Dan setiap pertandingan/peraduan yang dianjurkan majalah diwajibkan kami sertai. (ada yg menang..ada yang tak menang..hehe)

Nak tau tak kenapa saya rasa bagus.. sbb masa saya skola rendah, ada satu soalan kuiz yang keluar dalam tv, saya dapat menjawab hampir kesemua soalan, sampaikan sepupu saya yang sekolah menengah ketika itu pon tak boleh jawab berapa bilangan tulang dalam badan. Jawapan ni semua saya dalam magazine yang di approvekan oleh Babah saya. Hehe.. betapa bangganya saya time tu. huhu

Kat Kedah plak, magazine tadi susah nak dapat, kecualilah saya pergi ke kedai2 buku yang besar, baru la nampak. Kalau setakat kedai mamak, majalah Dewan Pelajar pon takde. Sedih tol.

So, macam mana nak bagi orang berminat ngan Dewan Kosmik ye. U bubuh la muka Sheikh Muzaphar kat kulit depan tu dua atau tiga bulan skali. Wajib meletop. (mak oi.. panjangnye komen eden..hehe)

Kita kena ikut stail Spore sebenarnya. Media Spore takkan highlitekan artis2 dan ahli sukan dalam suratkhabar depa, depa lebih suka tonjolkan orang2 yang berjaya dalam bidang pelajaran.

Tgk aje apa yg berlaku awal tahun ni. Kematian bekas Imam Masjid Negara dan juga kematian penulis lirik terkenal.. Berita yang mana media highlitekan? Apa pandangan en anuar sbg salah seorang dari warga media.. (macam nak interview u plak.. hehe)

ok la.. dah panjang bonar ni. with this, i rest my case. huhu

mama cute berkata...

eh.. lupa nak tanya.. you ada tak tau pasal buku dr sidek baba yang terkini. i was looking from kedah to penang. tapi takde.. sedih tol. last raya dia ada mention pasal buku yang dia buat ni. i couldnt remember the title, sadly.. saya cari buku tu di Popular, Kedah and also MPH Sg Petani and Penang... tapi takde pon. Kalau ada info pasal buku Dr Sidek Baba tu, habaq no.. saya rasa gambo depan buku tu ada gambo dia naik beskal la.. hehe.. ok, c ya

mama cute berkata...

komen yg 1st tu ke.. hehe.. malu plak den.. kuikui.. itu macam kena selongkar suma kedai buku dalam kedah utk cari yr magazine la.. ehhehe, sbb truly and sadly its very hard to find a good magazine nowadays.. i think the penerbitan should also buat promosi giler2 macam majalah2 lain buat and try to look for sponsors macam jual ruangan iklan dalam magazine kosmik tu.. bila ada roadshow, promote la giler2.. time ni leh la panggil sheikh muzaphar datang.. wajib terangkat kiosk u nanti.. eheheh

p/s : maklumat macam mana u mau ek?
kompius le

Anuar Manshor berkata...

Mama Cute,
Mohon dapat berikan nama penuh, alamat dan nombor kad pengenalan. Saya akan mengubah sedikit maklumat itu.

mama cute berkata...

ok..
maaf lambat.. p cuti2 malaysia.. kekeke

nama penuh : syahidah ibrahim
alamat : no 343, jalan sarina 4, tmn tunku sarina, 06000 jitra, kedah
i.c number : 781119-04-5148

Blog Rasmi Motivasi Minda berkata...

Tuan dihormati,

Saya mencadangkan diadakan program di sekolah-sekolah dan IPTA dengan menjadikan majalah Dewan Kosmik sebagai penganjur.

Ia mungkin aktiviti berkaitan dengan sains, ceramah, tayangan video dan apa jua. Paling penting nama majalah Dewan Kosmik dicatat pada banner dan bunting serta poster.

Ini sebagai usaha penjenamaan Dewan Kosmik.

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ