Saya menjadi editor Dewan Kosmik sejak penerbitan keluaran Februari 2007. Sebenarnya mula bertugas di DBP pada Disember 2006. Memang sudah dapat diagak akan diberikan majalah itu walaupun jiwa memberontak mahukan Dewan Ekonomi. Ini kerana saya sudah setahun mengendalikan buku bidang bisnes dan pengurusan semasa bertugas di PTS Professional. Sekurang-kurangnya saya mempunyai pengalaman dan beberapa penulis yang boleh ditonjolkan.
Namun mungkin ada hikmahnya semua kehendak Tuhan. Seorang graduan lulusan usul fiqh (major) dan sains politik (minor) mengendalikan majalah sains. Ada juga pegawai senior yang mempertikaikan keupayaan saya. Buat tidak tahu sahaja. Belum pasti pegawai itu berupaya menerbitkan majalah dalam masa yang ditetapkan (deadline). Dalam sejarah saya, hanya sekali sahaja terlajak deadline, itupun kerana pereka bentuk "cabut lari".
Secara jujur, sebelum ini saya tidak pernah membaca Dewan Kosmik. Majalah terbitan DBP yang kerap dibaca hanya Dewan Masyarakat. Entah mengapa sebelum ini tidak tertarik untuk membaca majalah terbitan DBP yang lain.
Belum ada lagi pencapaian yang hebat semasa mengendalikan majalah ini. Belum lagi mendapat sebarang anugerah, belum lagi dapat meningkatkan jualan majalah sehingga 100 000 naskhah seperti Mastika, belum lagi menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat disebabkan isu fokus, belum lagi berjaya mengulang cetakan kedua bagi satu keluaran, dan banyak lagi yang belum. Belum di sini maksudnya doa dan usaha untuk ke arah itu masih ada.
Satu perkara yang perlu difahami... Bahagian majalah DBP hanya menjalankan tugasan memperoleh manuskrip (artikel) dan menyunting artikel sahaja. Urusan reka bentuk, cetakan, pemasaran dan promosi dijalankan oleh Dawama. Dalam masa yang sama, bahagian majalah tetap memantau urusan yang dilakukan oleh Dawama. Memantau maksudnya memberikan cadangan dan menasihati sahaja. Tindakan tetap dilaksanakan oleh Dawama.
Oleh itu, isu lapuk berkenaan majalah tidak ada di pasaran atau kedai, cetakan kurang berkualiti, dan reka bentuk tidak menarik adalah di luar bidang kuasa editor bahagian majalah DBP. Kami menyedari masalah itu. Tindakan yang klise kami lakukan, "Saya akan maklumkan perkara ini kepada individu yang bertanggungjawab."
Namun yang pelik, setiap kali ada lawatan sekolah ke DBP, semasa saya memberikan penerangan berkenaan majalah, saya akan bertanya, "Tahukah adik-adik kewujudan majalah Dewan Kosmik?" Dalam banyak-banyak sekolah yang datang DBP, hanya ada satu sekolah sahaja yang tidak tahu kewujudan majalah ini.
Bersambung...

9 komen:
Bro..aku sebenarnya bangga dengan kau..walaupun kau bukan dari bidang sains tp mampu diangkat menjadi editor majalah berunsur sains..satu pencapaian dan pengiktirafan yang hebat dari DBP pada kau..Tahniah..pedulikan kata-kata org yang tidak yakin dgn keupayaan kau..masih ramai yang begitu mampan yakin kepada kebolehan kau mengepalai majalah dewan kosmik ni..teruskan dan teruskan ke arah kecemerlangan...
Teruskan kerja anda dengan penuh semangat..Tidak ada satu pun majalah berunsur sains popular berbahasa melayu yang setanding dengan Dewan Kosmik berada di Malaysia yang boleh menandingi DK. DBP dan anda semestinya patut berbangga!!
Salleh,
Insya-Allah aku tidak akan mensia-siakan duit cukai rakyat.
Faizal,
Saudara antara individu yang membantu kami.
Salam. Aku percaya, satu hari nanti ko pasti menggantikan tempat aku ni nuar..dan aku yakin, aku tidak akan lama di DBP.
Azli,
Aku percaya pada Rukum Iman sahaja.hehe
Bukan senang nak cari lulusan agama berkomentar mengenai dunia sains dan teknologi.No wonder you're one of the people that i admire most(in term of working life,yer!jgn perasaan pulak,ngehehe)
apa-apa pun aku kagum ko buat Dewan Kosmik yang labih baik daripada karagkraf..
Fadhilah,
Well...
Azli,
Tahniah!Dewan Ekonomi macam Time tuu...
"well.."hmm...perah santan sendiri nampak..
Catat Ulasan