Sultan Alauddin Riayat Shah dilantik menjadi Sultan Melaka semasa berumur 19 tahun. Sebelum dilantik menjadi sultan, Sultan Alauddin atau nama sebenarnya Raja Husin adalah seorang yang warak, cintakan ilmu, berkeperibadian tinggi, dan tidak berminat menjadi sultan.

Sekiranya menurut hierarki, Raja Ahmad lebih layak kerana beliau adalah anak sulung Sultan Mansur Syah. Namun oleh kerana Raja Ahmad tidak sempat pulang semasa kemangkatan Sultan Mansur, Bendahara Tun Perak memberikan jawatan sultan kepada Raja Husin dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah yang ada di sisi ayahandanya.

Oleh kerana beliau cepat naik, jujur, telus, berkepimpinan seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau mempunyai banyak musuh termasuk musuh di dalam selimut. Akhirnya beliau mati diracun oleh keluarganya sendiri semasa beruzlah sebelum menunaikan fardu haji.

Semasa membaca buku Nama Beta Sultan Alauddin karangan Faisal Tehrani ini, saya spontan teringat pada Anwar Ibrahim. Konsepnya sama, iaitu kepimpinan mereka cepat naik dan cepat jatuh.

Fenomena itu sudah banyak berlaku sekarang. Hari ini, pembukaan Parlimen menyaksikan banyak muka baharu yang terdiri daripada anak muda seperti Nurul Izzah Anwar, Yusmadi Yusuf, Khairy Jamaluddin, Loh Gwo Burne (tangkap gambar boleh jadi ahli parlimen), Tony Puah, Chua Tee Yong dan lain-lain. Kita tunggu dan lihat, mungkinkah nasib mereka akan menjadi seperti Sultan Alauddin ataupun Anwar Ibrahim.

Selepas kemangkatan Sultan Alauddin, kesultanan Melaka diganti dengan anaknya yang terus melenyapkan kesultanan Melaka, iaitu Sultan Mahmud. Ini semua angkara ibu (isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan mamak) dan bapa-bapa saudaranya yang menyingkirkan Raja Zainal, yang layak menjadi sultan. Melaka rosak di tangan orang yang "rosak".

5 komen:

Dewangga Sakti berkata...

Salam Anuar yg kacak,
Muhamad Al Fateh juga muda remaja (19 tahun) ketika menjadi Sultan dan kekal lama.
Mungkin dia tidak termasuk di dlm kategori 'cepat naik cepat jatuh'.he he

Unknown berkata...

Dewangga Sakti,
Semoga pemimpin terbilang dapat memimpin dalam masa yang lama.

Tanpa Nama berkata...

orang2 hebat kalau cepat naik mmg slalu cepat jatuh.sejarah membuktikannya.Cuma Siti NUrhaliza jer masih mantain,ekekekek!

Unknown berkata...

Fadhilah,
Rasulullah kekal abadi...

ZulDeanz berkata...

Bagaimanapula dengan Mawi?