Esok, 22 Februari, saya ke Kelantan bagi membuat liputan sempena penamaan calon pilihanraya umum ke-12.

Saya ditugaskan bagi memantau segala aktiviti calon dan bakal pengundi di Kelantan, khususnya Parlimen Ketereh kerana mahu mengetahui situasi dan potensi Barisan Nasional (BN) di Kelantan. Manakala Suria Janib, Penolong Editor Dewan Masyarakat akan melihat situasi parti PAS di sana. Saya berminat juga bertemu dengan Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki, pensyarah UIAM yang dicalonkan di Parlimen Tumpat. Dahulu, beliau merupakan mantan Presiden PKPIM dan pernah mengetuai Gerakan Mansuhkan ISA dan berapi-api menentang dasar kerajaan semasa kes Anwar Ibrahim, tetapi kini beliau antara calon muda yang bertanding atas tiket BN.

Saya di sana sehingga Isnin, 25 Februari. Manakala akan ke sana lagi pada 5 Mac untuk liputan pilihan raya pula.

Semuanya untuk keluaran khas Dewan Masyarakat sempena pilihan raya umum ke-12.

9 komen:

mnr berkata...

Anuar,

Maaf, tumpang iklan..

Saya ingin menjemput semua yang membaca blog ini untuk ke Wacana HAMKA..tempat surau Anjung Rahmat..masa 9pg-12.30 tgh..tarikh 23 Februari ..hari Sabtu..

Harap dapat hadir..

Puan Ainon Mohd. berkata...

Sdr Anuar,

Dunia ini penuh dengan tipu daya. Kalau mantan presiden PKPIM pun dapat diperdaya, apalah hairannya.

Saya akan bersama PKPIM di Anjung Rahmat hari Ahad ini.

Ada program latihan kemahiran berinteraksi buat barisan kepimpinan kontemporari.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tipu daya?Oucch,isn't that quite harsh?Huhu!Drive safely and enjoy your stay there dear!But first and foremost, please be careful tau.Biasaler, you're doing coverage di tempat paling 'panans' utk musim mengundi ni.Good luck dan buat yg terbaik bagi pihak DBP key.

Sahalfikri berkata...

Nampak gaya Puan Ainon menggunakan perkataan 'diperdaya' dan ia menampakkan ketegasan puan agar PKPIM kekal non-partisan.

Saya terfikir andai kita menemubual mereka, mungkin antara jawapan mereka yang masuk politik ini ialah keadaan kini sudah berubah.

Sukar untuk menerima alasan sebegini. Kerana adat politik itu kotor. Dan akhirnya peranan yang lebih besar yang boleh dilakukan sebelum ini akan dibatasi oleh batas-batas politik ciptaan orang yang berkepentingan.

Sedih. Namun mereka masih ada peranan dalam kelompok politik ini. Jika yang melibatkan diri adalah golongan yang tiada / jauh daripada faham agama, pasti keadaan akan lebih teruk.

Wallahua'lam.

Sahalfikri berkata...

Maaf, takut salah faham. Maksud saya, PKPIM memang kekal non-partisan sejak dulu tetapi ahli PKPIM mungkin akan berubah pendiriannya apabila mereka menjadi mantan ahli PKPIM.

Marliza Radzi berkata...

woah hebatnya. selamat berusaha!

*suka komentar suhail.

Unknown berkata...

Nadmin,
Silakan...Maaf aku tidak dapat hadir.

Puan Ainon,
Saya gagal bertemu beliau walaupun sudah terjah sehingga ke pintu rumahnya.

Fadhilah,
Alhamdulillah selamat tiba. Penat...

Suhail,
Ada pelbagai cerita menarik berkenaan isu politik. Senario politik di Kelantan amat berlainan dengan di Kuala Lumpur.

Am,
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

"beliau pernah mengetuai Gerakan Mansuhkan ISA dan berapi-api menentang dasar kerajaan semasa kes Anwar Ibrahim, tetapi kini beliau antara calon muda yang bertanding atas tiket BN."

wohoho! sebijik macam Anwar Ibrahim. berapi-api menentang dasar kerajaan, dan kemudiannya bertanding atas tiket BN.

agaknya beliau mengikut jejak langkah idolanya itu.

mungkin, satu hari nanti, apabila dia ditendang dari BN, dia akan kembali menentang dasar kerajaan, dan bertanding atas tiket pembangkang.

macam Anwar Ibrahim :)