Saya demam apabila tiba di Kota Bharu sesudah memandu selama sembilan jam! Pade doh! Saya tidak akan memandu sendiri lagi ke sana.

Masuk sahaja Kota Bharu, demam pilihan raya amat dirasai. Poster, sepanduk, bunting dan bendera parti-parti yang bertanding sudah "bersepah" di sepanjang jalan raya. Berbeza keadaannya dengan situasi di Kuala Lumpur. "Sejuk" sahaja.

"Cuba lepas zohor around 2pm, nanti tel semula." SMS daripada seorang calon parlimen. Saya pergi ke bilik gerakan bahagian, "Dia tidak pernah datang sini," jawab petugas wanita yang comel. Haha. Sehingga ke rumahnya saya terjah, pun tiada. Huhu. Dasar orang politik rasanya kot.

"Boleh tuan haji berikan nombor telefon?" tanya saya. "Oh tidak bolehlah," jawab seorang calon DUN. "016-*******," jawab seorang calon parlimen yang terkenal. -Dua perbezaan orang politik.

Saya tiba awal di satu kawasan bagi penamaan calon. Kawasan berhimpun parti A sudah penuh berkumpul di bawah khemah, solat hajat. Kawasan berhimpun parti B, biasa sahaja. Parti A berarak dengan laungan doa wihdah dan takbir, parti B dengan pekikan lolongan. Parti A masuk tepat pada masanya, 9 pagi, manakala parti B tiba pada pukul 9.30 pagi. Yang mana satukah pilihan anda?

Keluarlah mengundi. Bagi yang belum mendaftar, daftarlah selepas pilihan raya nanti ya!

12 komen:

ainon mohd berkata...

Beranikah saudara tulis begitu dalam laporan untuk majalah yang saudara jaga?

MOHD SALLEH HJ. SA'ARI berkata...

Seronok yer ada di Kelate...Aku sungguh rindu dgn makanan Nasi Kerabu Daging Bakar di Pasar MPKB dan juga Nasi Sup Tok Ayah di Deretan Restoran Padang Bank (tepi sungai Kelate)..tak sabarnya nak 'kelik' Malaysia..warhhh..

Anuar Manshor berkata...

Puan Ainon,
Mujur saya tidak menulis laporan itu. Saya melaporkan situasi di Kelantan kepada penulis yang dilantik. Saya sekadar menulis rencana dari sudut yang sudah ditetapkan. Puan jangan lupa dapatkan keluaran khas Dewan Masyarakat nanti ya.

Salleh,
Dr. Haizar (pakcik Fadhilah) kata, "E Coli di dalam badan kita sudah sebati dengan KL sahaja." Aku rasa sebab itulah aku cirit birit selama di Kelantan, tapi aku tetap mahu makan makanan Kelantan.

AM berkata...

pasti 'panas' di sana! selamat berusaha!

Anuar Manshor berkata...

Am,
"Panas" sehingga muka gelap:)

MOHD SALLEH HJ. SA'ARI berkata...

Annuar,

Mengikut sumber-sumber yg sahih yang aku terima dari kelantan, senario pilihanraya tahun ni di sana tidaklah se'PANAS' seperti tahun sebelum-sebelum ini. Barisan Nasional seolah-olah kaku dan terlalu sedikit rakyat Kelantan yg turun membantu tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Malahan, calon yg bertanding melawan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz (TGNA), sebenarnya sudah tewas kerana lupa nak tandatangan tetapi TGNA memberi kebenaran kepada beliau utk menurunkan tandatangan walaupun masa sudah menunjukkan jam 10.30 pagi. Suasana di Kota Bharu katanya tidaklah semeriah seperti 1999 dan 2004. Dato' Annuar Tan (PAS) begitu berpengaruh disitu sehinggakan sukar dibendung oleh BN. Lebih2 lagi calon faberot BN, Dato' Zaid Ibrahim telah digugurkan dari bertanding. Nanti kalau ada lagi citer2 menarik kat sana, tulis la dalam blog..kami semua nak tahu..

P/S: Tiba-tiba teringat nak makan nasi air di Restoran MakSu Nab Nasi Air dekat dengan Stadium Mohammad ke 4...Pegi la try..terkenal tu restoran tu seantero KB...RM 1.50 ke RM 2.00 je semangkuk...hehe

Anuar Manshor berkata...

Salleh,
Dibandingkan dengan KL, di Kelantan lagi "panas". Aku tidak pernah menghadapi situasi pilihan raya di Kelantan sebelum ini. Walau bagaimanapun, aku tidak akan mengulas isu politik di sini. Ada juga kena *tut* nanti. Kerja "gomen"lah katakan.

ainon mohd berkata...

Ha... itulah, siapa suruh kerja gomen?... dah elok kerja swasta... masuk pulak kerja gomen... kan dah kena tut!

Fadhilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fadhilah berkata...

panas!panas!hehe!*memeriahkan 'term' panas Am lagi,hehe!Awak,semoga liputan di kelantan ni berjalan lancar!p/s Semoga impian awk nak memartabatkan Bahasa melayu dan mengharumkan nama DBP terutamanya termakbul..insya'Allah,saya doakan!Hidup DBP!

Anuar Manshor berkata...

Puan Ainon,
Erk...

Fadhilah,
Orang kata di sana tidak sepanas dulu.

Nazmi Yaakub berkata...

nak kena tunggu pn ainon keluarkan majalah yang lebih berani daripada besi berani! :)