Saya suka lagu DBP ini. Lagunya dicipta oleh Saiful Bahri hasil nukilan lirik oleh Sasterawan Negara Usman Awang. Kedua-duanya pernah bertugas di DBP.

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Kesaktian lidah rakyat

Dewan Bahasa kau obor kebangsaan
Restu dari jiwa pahlawan
Nyala membakar semangat rakyat
Kau abadi dan keramat

Dipayungi langit tanah air
Diusap angin pantai permai
Dilindungi pohon nan menghijau
Dijunjung tanah tempat berpijak

Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa
Nama dari suatu sejarah
Api dari suatu zaman
Obor semangat nan abadi

Apa ada dengan lagu ini?

Apabila saya menyanyikan lagu ini di sebarang acara, pasti bulu roma meremang. Semangat! Dalam masa yang sama, perasaan hati sangat sedih apabila mengenangkan nasib bahasa Melayu yang semakin layu; layu semakin kurang penuturnya (walaupun bahasa keempat utama di dunia), layu diinjak oleh ahli politik, layu dihina oleh banyak orang.

Malah ada juga orang Melayu yang berasa bodoh apabila bercakap atau menulis dalam bahasa Melayu. Alasannya, tidak terluah segala yang tersirat di dalam hati sekiranya menggunakan bahasa Melayu.

Ini sebenarnya isu lapuk.

Semoga tiada orang berkata, "Come on la Anuar. Orang lain dah sibuk naik ke bulan, sibuk buat robot, sibuk cari duit, buat apa kau sibuk dengan BM? Tidak ke mana-manalah kau. Duduklah kau lama-lama di bangunan rehal itu!"

8 komen:

Fadhilah berkata...

"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita..".Maafkanku wahai 'bahasaku'...huhu!

AM berkata...

Api dari suatu zaman
Kesaktian lidah rakyat

hebat!

Anuar Manshor berkata...

Fadhilah,
Nanti saya tolong awak ya!

Am,
Cubalah terjemahkan. hehe

Mohd Nadmin berkata...

memang lagu ini lagu perjuangan..
aku tak pernah dengar pun nyanyian lagu ni..
tapi liriknya semacam ada satu roh dan semangat..
ko pernah dengar atau nyanyi lagu Anak Kecil Main Api?

Mohd Nadmin berkata...

memang lagu ini lagu perjuangan..
aku tak pernah dengar pun nyanyian lagu ni..
tapi liriknya semacam ada satu roh dan semangat..
ko pernah dengar atau nyanyi lagu Anak Kecil Main Api?

Mohd Nadmin berkata...

anuar, maaf, ada dua pula ulasan yang sama..

cuma ingin menambah..
aku ke program IYC - Talk on Intellectualism ahad lepas..

Salah seorang panelis ialah Faisal Tehrani..dia beritahu, semasa membentang di Jerman dan China, dia menggunakan Bahasa Melayu..eh Malaysia..

sinaganaga berkata...

Undilah calon PUNDAK ada yang datang dengan manifestonya: Bahasa MELAYu adalah bahasa rasmi Malaysia.

Anuar Manshor berkata...

Nadmin,
Memang DBP ditubuhkan atas dasar perjuangan.
Lagu yang Ruhil itu memang aku minat juga.

Tuan Naga,
Calon PUNDAK itu Tuan Naga kah? hehe. Hidup kesatuan!