Tahun pertama di ITNM.

Saya banyak belajar benda baharu berkenaan hal komunikasi korporat atau biasa orang sebut PR. Sebelum ini, saya bukanlah minat 100 peratus dalam bidang ini. Dahulu di UIA diberikan pilihan subjek minor, saya lebih cenderung memilih jurusan sains politik. Kononnya mahu menjadi ahli politik, tapi sekarang tidak minat pula menyertai politik.

Introduction to Communication pun belajar main-main kerana pensyarahnya asyik sibuk dengan seminar atau penyelidikan sahaja, sehinggakan kelasnya dikendalikan oleh pelajar PhD yang diseliakannya. Nama pensyarah itupun saya sudah lupa.

Orang lain akan nampak cara kerja PR ini menyeronokkan sahaja. Kalau di DBP dahulu, orang PR akan ke sana sini menjalankan aktiviti DBP. Pendek kata, ke mana sahaja Ketua Pengarah DBP pergi, di situ ada orang PR. Ataupun di mana sahaja ada program DBP, adalah orang PR. Nampak macam seronok berjalan.

Hakikatnya, PR di ITNM tidaklah terlalu indah sebagaimana yang dibayangkan. Kalau saya atau Shida menghadiri mesyuarat PR di Kementerian Pelajaran Malaysia, selalu sangat mendengar keluhan mereka yang banyak kerja. Kalaulah mereka buat PR di ITNM, baru tahu rasanya.

Satu perkara yang JANGAN dilakukan oleh PR di ITNM ini, "Jangan kata tak tahu kalau orang tanya apa-apa." Shida yang pesan semasa bulan pertama di ITNM ini. Tapi biasalah... Banyak benda yang saya tidak tahu, tetapi perlu juga menjawab tahu. Kalau jawab tidak tahu, siaplah kena cop tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Walau apa-apapun, saya seronok bekerja dalam bidang penerbitan ini. Senang kata, inilah punca rezeki saya. Sama ada suka ataupun sebaliknya, saya sangat bersyukur masih lagi diterima bekerja dan terasa kewujudan di dalam ITNM.

4 komen:

Tanpa Nama berkata...

pernah dikritik hanya kerana menggunakan ayat "kurang arif"...manusia,kadang-kadang lupa apa itu 'pengalaman'...

Adliff berkata...

Salam,

Anuar,

Saya dulu pelajar bidang komunikasi, malah PR adalah major selain Advertising. Ha!ha! dululah...

Saya kerja lari dari apa yang saya belajar.

Unknown berkata...

Puan Fadhilah,
Pengalaman itu mematangkan kita sebagai "pekerja sepanjang hidup"
ini.

Tuan Aliff,
Tidak mengapalah lari bidang. Yang penting kita bijak mengadaptasi kerja yang bukan bidang.

Deraksi berkata...

Tuan Anuar,

Satu antara etika Perhubungan Awam ialah 'never say no comment'. Sebab itulah PR tidak boleh menjawab "saya tidak tahu". Respons PR setidaknya perlu berbunyi begini, "pihak kami akan memberi maklum balas kepada Tuan/Puan dengan kadar segera"

PR tak boleh berbohong, tapi boleh berdalih - contoh respons yang diberi sebenarnya adalah dalih.

Saya fikir bukan PR ITNM sahaja yang tak boleh mengucapkan "tidak tahu" malah ia mungkin terpakai untuk semua PR.

Tuan Anuar gembira kerana dapat 'partner' PR baru hari ini ke?