Di ITNM, Khalil boleh dianggap abang kerana dia lebih berusia daripada saya, tetapi dia lebih selesa dipanggil namanya, Khalil daripada memanggil "abang".

Dua perkara menarik tentang beliau, iaitu suka mengajak solat berjemaah dan kerap bertanya tentang hal agama. Sehinggakan ada kalanya saya tidak mampu untuk menjawab pelbagai kemusykilannya terutamanya tentang isu ibadat.

Antara soalannya yang menyebabkan saya perlu merujuk kepada kawan yang lebih arif tentang agama seperti, "Aku mahu bermusafir, tetapi sudah masuk waktu solat. Adakah aku dibolehkan jamak qasar ataupun aku perlu solat secara sempurna?"

Namun yang paling menarik tentang beliau adalah keinginan mahu mengajak orang untuk solat berjemaah. Dia akan datang ke stesen kerja (workstation) saya untuk pergi solat berjemaah di surau. Paling tidak pun, dia akan menelefon dengan permulaan ayat, "Haiya haiya 'alas solah".

Biasanya ajakan ini adalah pada waktu asar. Kerana pada waktu zohor kami akan secara automatik ke surau bersama-sama selepas menikmati makan tengah hari.

Di pejabat, sangat perlu konsep bermesyuarat bersama-sama dan melaksanakan kerja bersama-sama. Lanjutan daripada itu akan terbawa-bawa kepada makan bersama-sama. Semuanya berkonsepkan bersama-sama. Jarang melihat ada rakan pejabat yang makan keseorangan, kecualilah kalau dia membawa bekal makanan daripada rumah.

Cuma apabila pulang dari makan tengah hari, kita seolah-olah terpecah kepada dua kumpulan; satu ke surau, satu lagi ke stesen kerja. Mengapa tidak diaplikasikan konsep bersama-sama ini dalam ibadat solat berjemaah?

Perkara inilah yang saya maklumkan kepada isteri. Kata saya kepadanya, "Kita makan bersama, jalan-jalan bersama, tidur bersama, dan segala aktiviti kita lakukan bersama-sama. Sangat rugi kalau kita tidak solat bersama."

7 komen:

aliff muhammad berkata...

Anuar,

Sebagai ketua rumah, memang eloklah menjadi imam kepada isteri dalam waktu solat. Namun lebih baik jika Anuar dapat meramaikan jemaah masjid/surau.

(Di pejabatku yang solat boleh dikira dgn jari!)

elmaaniq berkata...

Yang best kerja di KLCC ini, kadang-kadang jam 3.30 pun kita akan bersolat Zohor bersebelahan dengan imam masbu'.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Aliff,
Yang penting, semoga Allah memberikan ganjaran 27 kali ganda.

Tuan Faisal,
Berkata tentang masbukh, selalu melihat orang salah buat masbukh, iaitu cara "mengimamkan" seseorang.

salida amran berkata...

ayah saya selalu tekankan tentang solat jemaah nih..klau nak wat keramaian ke, tempat solat mesti disediakan dahulu...
solat berjemaah termasuk di dalam 7 golongan lindungan arasy,solat jemaah dengan rakan sekerja pahalanya lebih lagi 10 kali ganda..solat jemaah juga mengembalikan cas-cas tenaga yang hilang

elmaaniq berkata...

Tuan Anuar,
Saya juga selalu melihat pelbagai cara masbukh.

Umar Abdul Aziz Bin Hj Mohd Affandi Bin Abdul Rahman berkata...

blog yang bagus, ape kate try pegi visit blog saye ni plak kalau nak tahu info yang unik dan elegan di http://tolongsenyap.blogspot.com ,try visit erk

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ