Saya suka dengan tulisan Meor Shariman di NST pada Sabtu lalu yang menceritakan situasi filem Adnan Sempit yang berjaya mencatatkan jualan tiket hampir RM6 juta.

Beliau percaya faktor penarikan penonton datang ke pawagam untuk menonton filem itu adalah kesan daripada "mulut ke mulut" (mouth to mouth marketing). Tanpa mengeluarkan banyak duit untuk promosi sebagaimana filem Jin Notti mahupun My Spy, Adnan Sempit membuktikan strategi pemasaran secara konvensional (dengan pelaburan tinggi) perlu dikaji semula.

Adnan Sempit adalah filem hiburan semata-mata yang menggelikan hati. Saya dan isteri akan menonton apa-apa sahaja filem terkini di pawagam termasuklah filem itu - walaupun berpeluh dingin (malu) juga beratur untuk membeli tiket. Ya ternyata menghiburkan.


Promosi "mulut ke mulut" tidaklah terbukti berkesan 100 peratus. Sabtu lalu semasa saya dan isteri di Pulau Pinang menghadiri majlis pertunangan kawan baik isteri, Faznur, saya sempat berborak dengan sepupunya yang bekerja sebagai jurujual Perodua. Katanya, sejak pengeluaran pertama Perodua Myvi pada tahun 2005, sehingga kini Myvi mencatatkan rekod penjualan kereta pertama tertinggi di Malaysia. Katanya, Myvi tidak akan dihasilkan lagi pada tahun hadapan, Perodua menghasilkan model baharu sebagai ganti Myvi.

Ironinya, bacalah di mana-mana blog, laman web, ataupun daripada mulut-mulut orang, terlalu banyak ulasan dan kritikan teruk berkenaan Myvi. Kini melambak jugalah orang mengkritik di blog ataupun mulut yang mengkritik Perodua Alza. Realitinya, jualan Alza kini sudah mengalahkan Proton Exora.

Itu kisah "mulut ke mulut" berkenaan filem Malaysia yang dihasilkan kurang 50 filem dalam masa setahun, begitu juga dengan kereta yang dihasilkan Perodua dan Proton yang tidak melebihi tiga pengeluaran baharu pun dalam masa setahun. Bagaimana pula dengan industri buku yang kini mencecah 10,000 judul baharu setahun? Adakah "mulut ke mulut" mampu menjadikan satu buku bertuah daripada 10,000 itu sebagai bestseller?

Sebelum itu, perlu dimaklumi bahawa industri penerbitan adalah bisnes yang bersifat spekulasi. Industri ini diibaratkan seperti permainan yang mengharapkan tuah dan peluang. Bak kata Nicholas Clee, Editor The Bookseller, "Orang selalu bertanya kepada saya berkenaan fenomena mulut ke mulut (melariskan buku), tetapi sukar untuk menerangkannya secara sosiologi kerana situasi itu lebih kepada secara kebetulan dan serendipiti."

Serendipiti dalam bisnes dimengertikan sebagai keuntungan atau manfaat yang datang bergolek tanpa diduga hasil daripada kesan sinergi positif. Sebab itulah kita boleh melihat buku La Tahzan, Ayat-ayat Cinta, A Brief History of Time, dan Sophies World sehingga kini masih lagi menjadi bestseller, walaupun ada orang menyatakan semua buku itu tidaklah sehebat mana.

Yang penting, lebih banyak orang menceritakan kebagusan semua buku itu daripada yang me"negatif"kannya. Namun saya tetap percaya, sama ada filem, kereta mahupun buku, orang akan beria-ia menceritakan/mempromosikan yang bagus-bagus sekiranya ada KUALITI!

4 komen:

aliff muhammad berkata...

Salam,

Anuar,

Teknik mulut ke mulut ini saya percaya kalau yang bercerita tentang buku itu memang ulat buku. Kalau umum sahaja, tidak juga kerana pernah terkena buku yang dibeli tidak sehebat mana.

Sehingga hari ini masih amat kagum dengan teknik penulisan Pak Awang Goneng, tanpa sesiapa bercerita mahupun iklan, saya terus membeli buku GUIT selepas membaca dua rangkap pertama di MPH..........

Kualiti itu yang kita mahu!

hans berkata...

serius waktu dengar adnan sempit dapat 6 juta padahal baru seminggu lebih jer tayang
tapi tak kisah sangat sebab crita dia memang lucu
masa den tgok pun wayang still full...
pelik juga sebab waktu tu rasa2 adnan sempit dah lama tayang


maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya(sila promote macam tajuk entry nih..hehe)

Muhammad Azli Shukri berkata...

ia disebut sebagai horizantal marketing...dari mulut ke mulut...

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ