Menikmati cendol selepas solat Jumaat.

Orang Jepun akan "melepak" dengan rakan sekerja selepas waktu pejabat. Dengan cara sebegini, mereka dapat meluahkan segala tekanan kerja ataupun rasa tidak puas hati sesama mereka. Secara tidak langsung, cara sebegini akan memuhasabahkan diri kita semasa bekerjasama dalam satu organisasi.

Memang banyak manfaatnya melepak secara santai dengan rakan sekerja di tempat yang tidak formal. Misalnya, Tony Fernandes baru-baru ini mendapat idea "melukiskan" kartun Dato' Lat di pesawat Air Asia semasa melepak di kedai mamak.

Begitu jugalah dengan Shazalli Ramly (CEO Celcom) yang mendapat idea mengiklankan produk syarikat telekomunikasi itu semasa melepak di kedai mamak. Kita boleh melihat banyak iklan Celcom di meja ataupun dinding kedai mamak. Alasannya, orang yang melepak di kedai mamak terdiri daripada pelbagai golongan, sama ada eksekutif sehinggalah orang biasa yang merupakan sasaran utama untuk melanggan Celcom.

Petang ini, saya bersama-sama empat orang rakan pejabat termasuk bos, Puan Zini, akan ke Melaka untuk berehat sambil mencari idea untuk meningkatkan produktiviti ITNM. Program ini dianjurkan sendiri dengan menggunakan duit sendiri.

Meningkatkan produktiviti ini bukan untuk kepentingan diri sendiri mahupun untuk ITNM sendiri, tetapi kami mahu melihat tindakan kami ini akan membantu meningkatkan industri penerbitan dan penterjemahan di Malaysia.

9 komen:

Pok Li berkata...

kerap berlaku idea kreatif lebih banyak dibentang di kedai kopi daripada bilik mesyuarat.

hans berkata...

idea yg bagus selalunya datang secara spontan

Anuar Manshor berkata...

Pok Li,
Ya betul. Lebih-lebih yang berlangsung secara santai.

Tuan Hans,
Ada juga idea yang dapat semasa "menunaikan hajat".

khairul onggon berkata...

yup betul.. idea dtg dlm pelbagai cara dan situasi, tak semestinya atas meja meeting /pejabat sahaja.. :)

.: mama cute :. berkata...

bla kita perhatikan orang, kadang2 pon bleh dapat inspirasi..wah kena makan kat kedai mamak lepas ni..nak2 bila wat assignment..huhu..ekekkek

shida berkata...

setuju sangat Tuan Anuar.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Khairol,
Disebabkan itulah orang yang hebat akan sentiasa membawa pen dan buku nota kecil ke mana-mana sahaja.

Cikgu Syahidah,
Bagus...bagus! Saya tersilap menggunakan perkataan. Sepatutnya di kedai makan, bukan sahaja kedai makan mamak.

Cik Shida,
Penyokong! :)

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Pekena cendol kat mana tu? Masjid Seri rampai ke?

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ