Tempat saya bekerja kini, Wisma ITNM, sedang dalam proses pembaikpulihan (renovation) besar-besaran.

Projek ini melibatkan keseluruhan bangunan ITNM sebanyak enam tingkat. Tingkat enam yang sebelum ini merupakan bumbung terbuka akan dijadikan dewan.


Manakala tingkat lima diubah suai sepenuhnya yang akan memuatkan pejabat Pengerusi ITNM, Pengarah Urusan ITNM, jabatan korporat, jabatan komunikasi, pemasaran & jualan (jabatan saya), dan bilik mesyuarat.


Pengubahsuaian ini turut melibatkan tingkat-tingkat lain. Di tingkat empat dibina surau baharu. Tingkat bawah pula telah siap diubah suai menjadi kaunter khidmat pelanggan dan kedai buku yang baru diwujudkan.

Semua ini dilakukan bagi memberikan keselesaan kepada staf ITNM demi meningkatkan kualiti tanggungjawab tugas. Selain itu, perubahan ini bagi memudahkan sasterawan, penulis, penterjemah, pelanggan, dan peserta kursus berurusan dengan pihak ITNM.

5 komen:

munira berkata...

eh blog ini pun berubah wajah ek :)

Mohd Faizal berkata...

Tahniah ITNM..satu transformasi besar-besaran

Unknown berkata...

Puan Munira,
Ini mesti dah lama tak buka blog ini! Agak lama sudah diubah wajah blog ini.

Tuan Faizal,
Doakan kerja ini mendapat keberkatan ya.

Adlan berkata...

Pn Munira baca kat RSS feed kot.

Tapi kalau nak tambah dewan belah atas tu, support ke structure n foundation?

Harap takde masalah la kalau contractor dan consultant da study.

Sebab saya fikir nanti akan tambah unit aircond untuk dewan yang agak berat.

Unknown berkata...

Tuan Adlan,
Wah ada juga yang peka dengan hal ini:)

Memang JKR sudah meluluskan projek ini selepas mengkaji struktur kekukuhan bangunan. Jemputlah hadir nanti ya.