Kalau mengikut perancangan sejak 18 Mac 2009 (Matta Fair di PWTC), pak mentua dan mak mentua saya akan berangkat ke London esok, 19 September 2009 untuk mengambil adik ipar yang tamat pengajian sarjana - sambil melancong seluruh Eropah.

Lazimnya sejak tahun lalu, saya dan isteri akan meraikan Aidilfitri di rumahnya, Subang Jaya, terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah saya, Kota Tinggi, sesudah menjamah juadah dan bermaaf-maafan dengan keluarga mentua. Niat "jahat" hati saya, kalau mentua saya ke luar negara, maka dapatlah saya beraya lama-lama di rumah mak abah! :)

Allah Maha Kuasa... Pak mentua saya mengalami serangan jantung pada 1 Ramadan 1430H. Sah beberapa arteri jantungnya mengalami blockage (tersumbat). Seminggu lamanya sejak puasa hari pertama kami sekeluarga iftar di PPUM. Kini alhamdulillah pak mentua dibenarkan keluar wad selepas doktor mengesahkan beliau dalam keadaan stabil.

Wad Coronary Care Unit (CCU), PPUM.

1 Oktober 2009 ini beliau akan dimasukkan ke wad semula untuk pemerhatian rapi sebelum menjalani pembedahan pintasan jantung (bypass) pada 8 Oktober 2009.

Pada masa kini, beliau terpaksa bergantung pada ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor. Makanannya pula semuanya "kosong"; tanpa garam, tanpa gula, tanpa lemak, dan nasinya daripada beras coklat.

Disebabkan itulah, mentua saya membatalkan hasrat untuk ke London. Cadangnya kalau orang tanya, "Balik kampung mana pada tahun ini?" Jawapan gurauan mentua, "Balik London!" Malah disebabkan keadaan ini jugalah adik ipar saya segera pulang sejurus tamat peperiksaan di University of Liverpool.

Maka giliran raya pada tahun ini kembali seperti yang dipersetujui antara saya dan isteri semasa sebelum bernikah, iaitu malam sebelum raya dan pagi raya di rumahnya, petang raya sehingga raya keempat atau kelima di rumah saya, Kota Tinggi.

Raya tahun ini ada bermacam cerita:
  • Saya sudah ada anak buah, Adam. Mungkin tahun hadapan saya sudah mempunyai anak sendiri. Mohon doa sahabat sekalian.
  • Hari raya di rumah mentua disambut dengan cara sederhana; bagi menghormati dan mengurangkan tekanan kepada pak mentua.
  • Saya tidak ada baju raya. Sekadar memakai baju nikah dan baju bersanding kahwin tahun lalu. Untuk berjimat, tetapi hakikatnya tidak mahu membazir kerana kini saya jarang sangat memakai baju Melayu.
  • Paling menyeronokkan, adik ipar saya membelikan kasut Clarks yang bernilai 29 paun (RM150) di London. Di Malaysia, harganya lebih RM350. Namun tidak bermakna saya mengabaikan hadiah hari jadi kasut Polo daripada isteri.
Syukran Umi:)

  • Cuma dapat membeli satu jenis kuih raya. Ada kuih raya yang ditempah, tetapi tidak disiapkan daripada rakan sepejabat sebelum raya.
  • Di rumah sudah tersedia ada sofa dan segala isi kelengkapan. Ingat lagi seorang senior UIA datang beraya tahun lalu, "Eh tak ada sofakah?" Huh!

5 komen:

Fadhilah berkata...

ooooo..terbongkar akhirnya niat yer!Patutnyer baju kemeja kolar nehru tu dipakai pada hari raya tapi kerana dah tak sabar, dipakainyer juga hari ini ke ofis,betul tak syg?kuengkueng!satu jenis jer kuih yg sempat dibeli?takper2 saya beli 4 lagi jenis kuih raya untuk rumah kita,hahahahah!

Mohd Nadmin berkata...

semua kuih beli...hehe

wah dapat kasut tu..best..best..
isteri saya hadiahi saya dompet kulit untuk raya tahun ni yang harganya kalau saya, saya takkan beli..hehe..

katanya,"dompet abang tu tak lalu dah nak tengok"..haha (memang dah tak sesuai.dah lusuh sgt)

p/s: nampak sgt isteri sangat mementingkan penampilan suaminya..alhamdulillah

Rin berkata...

selamat hari raya.. :)

Rin berkata...

selamat hari raya.. :)

Anuar Manshor berkata...

Isteri,
Itu sebenarnya baju ke pejabat, tetapi dibeli semasa hari raya. Bolehlah dianggap sebagai baju raya juga kan.

Tuan Nadmin,
Kalau terlalu "tertampil", isteri risau pula.

Cik Rin,
Salam Eid:)