Saya suka dengan makanan di sini. Merasai ABC sebaik menjejakkan kaki di pulau ini. Namun Kapitan tetap saya idamkan makanan nasi beriani claypot dan susu badam.

Biasanya orang ke Pasar Chowrasta akan membeli jeruk dan buah pala, tetapi sebenarnya di atas pasar ini terdapat ribuan longgokan buku terpakai. Rambang mata!

Agak terkejut juga dapat menemui majalah tahun 1997 yang pernah saya menjadi editornya pada 2007-2008, iaitu Dewan Kosmik. Di imprint page, Baharuddin Zainal (kini Dato') menjadi editornya. Manakala anaknya, Rosihan Juara (kini di Pustaka Cipta) adalah sidang editorialnya.

10 komen:

Nida Shaari berkata...

ABC tu sangat mengujakan

Adliff berkata...

Salam,
Anuar,

Tempat saya bermain itu. Pulau Pinang memang amat mengujakan. Rindu sangat hendak kembali menuntut ilmu di sana.

Unknown berkata...

Cik Hanida,
Itu belum tengok gambar nasi kandar lagi!

Tuan Alif,
Ini mesti sama tempat bermain dengan Wanzu! Cuma Prof. Zul (NC USM) kata, "Jumlah buku di Pulau Pinang masih tidak dapat menandingi kuantiti buku semasa zaman Andalusia."

Adliff berkata...

Salam,
Anuar,

Saya selalu hanyut dalam dua buah perpustakaan utamanya dan perpustakaan milik pusat pengajian(kalau di induklah). Bumi Pulau Mutiara tebal dengan ilmu. Lain kali kalau kembara ke USM cuba berjoging keliling padang Minden bawa ke canselori, insyallah Anuar akan dihadiahkan pemandangan yang sangat indah. Klu, pusat pengajian saya juga hampir dengan puncak bukit Minden. :)

Ticer Syah berkata...

saya sukak penang sebab
1. makanannye
2. feringgi walknye..ekkekeke
3. chowrastanye yang mcm2 ada...

bila le nak p kursus ke penang bersama teman2 ni.. bes woooo

Marliza Radzi berkata...

geramnya tengok buku tu!!!

kat celah mana kat chowrosta ni kedai tu? next time saya ke penang, akan saya sms fadhilah tanya, ok?! hehe. geram.

Unknown berkata...

Cikgu Syahidah,
Saya suka sebab pertama dan ketiga. Yang kedua, kalau ada bersama isteri. Penatlah berjalan.

Puan Am,
Di atas Pasar Chowrasta, di hujung sebelah kedai baju. Saya pun baru pertama kali ke sana.

Felicia F. Ramzi berkata...

eee sedapnya..aduh..retak seribu puasa ku..hahaha selamat berpuasa anuar!

Unknown berkata...

Cik Felicia,
Itu belum dilihat lagi nasi beriani claypot dan kari kepala ikan yang disantap di situ! Fuh!

jane berkata...

ya nuar,


buku2 itu jugaklah yang mengujakan saya sepanjang berkursus di penang road march lepas. best giler. asal petang aje, kami jalan kami serata penang road, chowrasta dan sekitarnya.

namun, sedih kerana tidak peka adanya bas percuma rapid penang di pulau................dush!! kalau x, mesti lagi gegak gempita ronda penang.