Dahulu selalu sahaja melihat Abah tertidur di sofa semasa menonton televisyen.

Namun kini sindrom berkenaan sudah terjangkit ke dalam diri saya. Itulah yang peliknya, saya lebih mudah tertidur di hadapan televisyen daripada tidur di dalam bilik dengan penuh persediaan (gosok gigi dan wuduk).

Isteri saya paling tidak suka dengan "penyakit" terbaharu saya ini. Kerana dia bukan orang yang suka tidur di sofa. Kurang selesa katanya.


Sekiranya dahulu dia akan mengejutkan saya, tetapi kini tidak lagi. Katanya, "Awak tak akan bangun juga." Menariknya, dia kini membuat keputusan untuk sama-sama tidur di sofa sebelah. Takut tidur keseorangan di bilik.

Emak kata, dahulunya saya seorang yang mudah untuk ditidurkan. Namun memang menjadi fitrah seorang bayi untuk didodoikan sebelum tidur. Ada ibu yang mengalunkan selawat, bernasyid, malah tidak kurang yang menyanyikan lagu Inggeris. Mahu PPSMI lah itu! haha.

Memikirkan keadaan dahulu (semasa bayi) dan ditamsilkan dengan situasi sindrom semasa saya kini, rasanya ada persamaan. Saya mengakui akan sangat mudah tertidur di hadapan televisyen walaupun siaran televisyen agak bising. Malah saya boleh tidur dengan lena sungguhpun terdapat bunyi yang lazimnya mengganggu tidur.

Saya kini 27 tahun, tetapi jelas saya masih lagi merindukan keadaan bayi yang perlu dininabobokkan sebelum dan semasa tidur.

Ninabobok: dodoi.

14 komen:

theblabber berkata...

bertambah satu lagi perkataan baru yang saya kini baharu tahu. :)

Cik Lin berkata...

eii..terasa nak membeli satu sofa bed. rasa2 saya lagi banyak tidur di workstation di rumah.

FirJah berkata...

mau tak tidurnya kamu di sofa dpn TV tu.. tgk sofa tu pun dah rasa sdap tido hehe...

Pok Li berkata...

Jarang tengok tv

hans berkata...

bila dah berusia memang akan menjadi begini ker?

munira berkata...

kesimpulan...
"jika nak tidur dalam bilik..jgn buka tv'heheheheh

Nida Shaari berkata...

Saya juga ada sindrom tertidur di hadapan televisyen itu walaupun tanpa sofa yang empuk.

Unknown berkata...

Bawalah peti tv tu ke dlm bilik tidur.. hehehe

Unknown berkata...

Tuan Miezi,
Tahniah!

Puan Imm,
Bekerja di IT department kah?

Puan Firjah,
Itu yang rasa nak balik cepat selalu.

Tuan Pok Li,
Tuan hebat!

Tuan Hans,
Ya. Terutamanya mereka yang sudah bekerjaya.

Puan Munira,
Tapi di bilik tiada TV.

Cik Hanida,
Perlu dikuarantinkan ni!

Puan Zaharahnum,
Pakar keluarga tidak menggalakkan pula.

Cik Lin berkata...

encik anuar : keje sebagai editor, tapi malangnya terpaksa awasi team IT sekali. tak tau la. either saya ni terlalu banyak merungut, atau memang workload saya mengarut2.

Ticer Syah berkata...

anak sapo polak yang ngengada nak kena ninabobokkan nih... babab aje kalau tamo tido dalam bilik... tahukah encik anuar.. bila tido kat sofa tu peluh akan berkumpul kat sofa dan lama2 sofa akan bau masam... dan lama2 keempukkan sofa itu akan berkurangan..

elakkan tido di sofa..mak kami selalu marah..katanya bau peluh and air liur basi akan merosakkan sofa..ekekkee..

nak tido sangat dengan bunyi-bunyian.. bawak aje tv dlm bilik.. senang.. hehe

kesian bini kena tido kat luar sama.. sakit badan ooo.. badan kita nak pakai lama cekkk oiii.. bukan nak pakai sat2.. la ni masa muda tak pa la tak rasa apa.. nnti sok2.. sakit pinggang.. bini plak kena urut..kekeke

Unknown berkata...

Puan Imm,
Eloklah itu. Lebih baik sibuk bekerja daripada sibuk mencari kerja, bukan?

Puan Mamida,
Ish! Selepas membaca komen ini, trauma pula mahu tidur di sofa. huh!

Ticer Syah berkata...

hahahaha... percayalah.. nnti orang datang ke rumah dok kat sofa bau bucuk peluh plak..wakkakakaka.... kita tak bau la sbb dah imun.. tu mak kami la kata..hahaha

Zool Blogger berkata...

Sofa empuk memanglah camtu. saya pun tido gak kalau camtu sofanya

Zool
http://ligakampung.com