Tarikh: 14 Jun 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 Malam
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya
Tetatmu Kehormat: Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

Mana Setangginya merupakan karya Sasterawan Negara (SN) Dato' Noordin Hassan. ITNM menerbitkan buku terjemahan Mana Setangginya dengan judul The Frankincense.

Buku ini menceritakan berkenaan kisah penduduk sebuah perkampungan nelayan yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil pohon setanggi.

Walau bagaimanapun, semua nelayan di kampung tersebut dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari khusus untuk beribadat. Namun disebabkan keengkaran mereka, pelbagai bala bencana telah menimpa mereka.

Karya SN ini mempunyai persamaan dengan kisah Ashabus Sabti semasa zaman Nabi Daud. Noordin Hassan atau Cikgu Noordin menghasilkan naskhah ini 10 tahun lalu, yang ditulis khusus untuk dipentaskan di Istana Budaya (IB). Syukur akhirnya impian beliau tercapai kerana pihak IB bersetuju mementaskan naskhah tersebut.

Pagi tadi saya bermesyuat di IB untuk persiapan majlis pelancaran buku tersebut. Saya sempat ke belakang pentas untuk melihat persiapan produksi untuk pementasan teater Mana Setangginya. Dapatlah melihat krew dari Amerika Syarikat sedang membuat persiapan "orang terbang"! Ini merupakan teater tempatan pertama yang memaparkan adegan hebat itu. Sebelum ini hanya produksi teater asing, iaitu Peter Pan yang mempunyai adegan sedemikian. Ada babak "keluar api dari tangan" lagi.

Teater ini akan dipentaskan pada 13 sehingga 21 Jun 2009 di IB. Harga tiket pula RM30, RM50, RM70, dan RM100.

Menariknya, pada pementasan 14 Jun 2009 (Ahad), penonton dapat bertemu sendiri Cikgu Noordin yang kini agak uzur. ITNM pula menjemput semua Sasterawan Negara, pemenang S.E.A. Write Award dan beberapa sasterawan prolifik untuk turut sama memberikan sokongan kepada Cikgu Noordin.

Penonton pula akan diberikan secara percuma buku miniatur (buku kecil) yang serupa dengan kulit asal buku The Frankincense, berwarna oren di atas.

3 komen:

Nida Shaari berkata...

dapat tiket free ke?

Unknown berkata...

Cik Hanida,
Saya dapatlah tiket percuma. haha

x1y0z2a6 berkata...

sy dh tgk teater ni last week...tp ada part yg x ssuai dgn penonton yg ada pd msa 2(pelajar2 sekolah menengah dr bbrapa buah sekolah). tp jln ceritanya yg sgt berat bgus coz blh buatkn org lbih b'fikir