Semasa saya menjadi penumpang kereta yang dipandu abah melalui tol, seingat saya tidak pernah lekang ucapan salam, Assalamualaikum daripada penjaga tol.

Kini, sudah macam-macam tol yang saya lalui pada setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan. Setiap hari: Lebuh Raya Kajang Silk. Setiap minggu: NPE. Setiap bulan: Sudah tentu PLUS.

Tiada langsung kedengaran ucapan salam daripada penjaga tol. Kebanyakannya pula terlalu "mahal" untuk melemparkan senyuman kepada pelanggan yang memberikan pendapatan (baca: bonus) kepada syarikat mereka.

Mungkin mereka merasakan kita "memasuki" tempat mereka, maka kitalah yang perlu memberikan salam. Ya?

Satu lagi yang menjadi masalah apabila kita dalam keadaan berwuduk ke "tempat mencari rezeki", tempat yang berkat untuk bekerja.

Bukanlah jumud atau tidak moden, tetapi apabila cik puan penjaga tol mengambil wang daripada tangan kita tanpa memakai sarung tangan, secara automatik terbatallah wuduk yang dijaga kekal sejak solat Subuh. Tambahan pula, isteri di sebelah pun menjeling tajam.

Hati saya selalu lega sekiranya melihat tangan cik puan penjaga tol memakai sarung tangan.

Tambah sukanya hati kalau tiada langsung tol! haha.

12 komen:

eiffa akmal berkata...

iseteri kamu menjeling ke di Plaza tol? jgn nakal2 wak..nanti juling awak dibuatnye.. haha..

bayan berkata...

"automatik terbatallah wuduk yang dijaga kekal sejak solat Subuh"

hahhaha...jaga sangat la konon.

Memang, saya gemar memerhati pekerja tol. Ada tu siap bual-bual dengan kawan. Rasa nak campak je duit kat muka diorang.

Alamanda berkata...

Masalah senang aje nak selesai kalau takut batal wuduk, gunakan touch-n-go atau smart tag. Tak payah nak merungut apa-apa, jalan terus!
Kalau kerajaan dah sediakan kemudahan, pakai aje. Tak payah komen sikap orang. Sebab senyum ke tak senyum ke orang kena lalu juga tol tu!

Anuar Manshor berkata...

Cik Eiffa,
Jelingannya sangat tajam.

Puan Bayan,
Yang lambat mengambil duit pun ada.

Alamanda,
Jadi?

Fadhilah berkata...

nak kene komen juga sikap sesetengah penjaga tol ni bila dah melampau sgt!!pernah saya hulurkan duit tol,penjaga tol tu boleh buat hendak tak hendak jer nak ambil.bila terjatuh duit2 syiling atas jalan, ada disuruhnyer saya ambil sendiri.mengamuk sakan ler saya!sapa suruh lembik semacam bila aku bagi duit tol tu!nampak sangat duit2 tu terjatuh dari tangan dia sendiri, not mine ok!nak kata dia penat duduk dalam 'kotak' tu seharian, saya pun penat seharian di pejabat!no excuse man when it comes to your own duty.akhirnya saya buat tak tahu dan terus drive away,haha!sambil dalam hati berkata,"ko kutip ler sendiri,pemalas!"

Mohd Nadmin berkata...

betul, saya setuju dengan ayat-ayat akhir supaya dimansuhkan tol..haha

Fizahanid berkata...

Saya pernah tidak menerima senyuman, pernah menerima senyuman di plaza tol.
tapi paling saya tak lupa, palang tol jatuh atas kereta saya bulan lalu, mengkemekkan badan kereta dan meninggalkan kesan cat putih palang tol pada cermin kereta.
Waktu itu saya separuh terkejut dan separuh marah.
lebih marah, sampai hari ini belum dapat duit pampasan!

ikan emas berkata...

Teringat pulak kisah Amy Mastura dlm drama Tol Gate Girl..

Pok Li berkata...

Marang Tanpa Tol. He he he

hans berkata...

dia pun dah tak larat nak kasi salam dah
haha

Anuar Manshor berkata...

Isteri,
Sabar ya~~~ hehe

Tuan Nadmin,
Aku tunggu juga heboh-heboh kata mahu mengkaji harga tol.

Puan Fizahanid,
Ini kes dahsyat. Apa lagi? Berita Harianlah! haha

Ikan Emas,
Saya pun teringat cerita itu juga:)

Pok Li,
Alangkah indahnya~~~

Tuan Hans,
Ada logiknya juga, tetapi memang itu sudah menjadi tanggungjawabnya.

Alamanda berkata...

Kamajuan sains dah ada untuk mengatasi ketidaktekalan tingkah laku manusia!
Pilihlah dengan bijaksana, kalau tersilap pilih memanglah kena tanggung sakit hati... hmmm, bukan untuk bayar tol saja, banyak lagi tau!