Saya tidak tahu apa-apa berkenaan fotografi. Syukurlah dihantar secara percuma ke Bengkel Fotografi anjuran KPM. Kamera dipinjam daripada Firdaus, Sony Alpha A350. Kata isteri, "Saya rasa selepas awak balik daripada kursus itu, mesti awak akan beli kamera DSLR."

Dia menggelarkan dirinya Ted Adnan dari DD Media Consult Sdn. Bhd. Rasanya itu syarikatnya untuk membolehkannya memperoleh projek kerajaan. Laman sesawangnya Ted Adnan, blognya pula di sini. Cara P&Pnya di dalam bengkel memang menarik. Yang saya tahu, dia graduan UIA dalam jurusan perakaunan. Banggalah melihat senior yang bijak mencari peluang bisnes.

Semua yang hadir datangnya dari bahagian-bahagian di KPM, saya seorang sahaja agensi di bawah KPM. Mula-mula duduk sebilik dengan Haji Engliman dari Bahagian Psikologi dan Kaunseling. Sempatlah dia belanja makan tengah hari dan solat jemaah Maghrib di dalam bilik. Rupa-rupanya dia DG48 yang layak untuk menginap seorang di hotel. Maka secara automatik, saya pun layak memperoleh bilik untuk seorang selepas dia mendapat bilik lain!:)

Dalam ramai-ramai, ada seorang peserta yang rupa-rupanya cikgu saya di SRK Saint Joseph dulu, Cikgu Razif. Dia kini di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster yang dulunya membawa saya aktif dalam sukan hoki, kriket, dan olahraga. Jangan terperanjat ada beberapa pelajarnya kini menjadi atlet negara, antaranya Megat Azrafiq (hoki), Indra Putra Mahyudin (bola sepak), dan beberapa pemain kriket negara.

Sony Alpha A350 yang dibawa sangat disyorkan untuk dimiliki. Itu kata senior saya yang mengajar bengkel di hadapan. Sebabnya ada beberapa fungsi yang benar-benar memudahkan pengguna. Maka adalah peserta wanita bertanya, "Berapa ribu awak beli?" Haha. "Opis punya," malas 'nak jawab panjang-panjang.

Kamera di Langkawi murah harganya. Bebas cukai~~~

11 komen:

shahrul manshor berkata...

apa lagi..angkat 2 bijik dslr...

munira berkata...

wah bestnye..gi bengkel percuma!
ku pun br nak berjinak2 dlm bidang fotografi..mau tunggu dslr dari jopun nih :) hehehe mau oeder?

Unknown berkata...

Abang,
Boleh taja?

Puan Munira,
Boleh dapat lagi murah ya?

Denanz ... berkata...

bertambah lagi seorang bloger cum photographer.

hans berkata...

bestnya dapat pergi free...
selalu kena bayar beratus2..

mie3425 berkata...

Anuar,

Walaupun kamera pinjam, tapi yang penting ialah ilmunya. Boleh tolong ajar nak dapat gambar yang menarik, saya nak buat macam Zuldean. Denanz pula hang dah tukar profesyen maka Anuar ambil alih hang punya yang lama.

SK Ladang berkata...

best best... dah la percuma mmg manfaat btul la ilmunya... saya sgt suka bidang fotografi ni..
nnti boleh ajarkan ..hehe

SK Ladang berkata...

alamk salah guna akaun... sk ladang tu saya...firjah = mufifirdana.blogspot.com

Unknown berkata...

Tuan Adnan,
Kamera tiadalah bloga!

Tuan Hans,
Itulah sebabnya bersyukur dapat pergi.

Tuan Suhaimi,
Walaupun dah belajar dan memahami di dalam kelas, praktikalnya pun terkial-kial.

Puan Firjah,
Saya boleh ajarkan apabila sudah mahir. Ini baru nak bertatih lagi.

Nida Shaari berkata...

ok salah seorang dalam gambar itu adalah abang ipar saya.

Ha ha ha.

Kecilnya dunia ini

Unknown berkata...

Kat mana ada lagi nak join jugak la