Novel Yukiguni karya Yasunari Kawabata yang diterbitkan pada tahun 1935 asalnya tiada memberikan impak besar kepada penggemar sastera dunia.

Namun selepas Edward G. Seidensticker menterjemah novel berbahasa Jepun itu ke bahasa Inggeris dengan judul Snow Country pada tahun 1957, dunia mula mengagumi tulisan Kawabata tersebut.

Kesannya sangat besar sehingga melayakkan Kawabata dianugerahi Hadiah Nobel Kesusasteraan pada tahun 1968. Selain Snow Country, dua novel lain yang menyebabkan panel penilai Hadiah Nobel memilihnya adalah The Old Capital dan Thousand Cranes.

Sewajarnya Yasunari Kawabata mengucapkan setinggi penghargaan kepada Seidensticker kerana telah menterjemah Yukiguni dengan sebaik-baiknya.

3 komen:

Layla Haq berkata...

Besar betul pengaruh terjemahan. Sesiapa yang berbakat, boleh sahaja menterjemah mana-mana karya dari luar. Mungkin cara ini boleh membantu industri penterjemahan negara.

Unknown berkata...

Bayan,
Membantu mengembangkan industri dan meningkat keintelektualan bangsa. Setuju?

Naj AB berkata...

Mana tahu suatu masa nanti (atau sedikit hari lagi) buku-buku penulis negara yang diterjemah ITNM akan melayakkan mereka untuk Nobel juga. Saya menanti-nanti hari tersebut.