Banyak orang mengetahui kisah Cinderella, Hansel and Gretel, dan Snow White. Semuanya kisah dongeng yang menceritakan keadaan setempat di Barat. Kisah dongeng ini dicipta daripada khayalan, imaginasi, dan pemikiran seseorang. Ia menjadi terkenal kerana diceritakan turun-temurun ke generasi seterusnya sehingga "melekat" menjadi kisah rakyat.
Buku Kisah Dongeng dan Cerita Rakyat Malaysia & Jerman terbitan terbaharu ini hasil kerjasama ITNM dengan Goethe-Institut Malaysia (agensi yang mempromosikan kebudayaan dan bahasa Jerman). Kisah di dalam buku ini merangkumi kisah rakyat Malaysia dan Jerman antaranya Die Sterntaler (Syiling Bintang), Mahsuri, Vom Fischer und Seiner Frau (Kisah Nelayan dan Isteri), Bawang Putih dan Bawang Merah, dan lain-lain.
Buku ini akan dilancarkan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Tokoh Sejarawan Malaysia di Pentas Utama Putra, PWTC pada 20 April 2009 jam 4.00 petang. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Crocodile Story oleh Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO).
Siapa datang dapat miniatur buku ini yang comel!

3 komen:
Wah, kenapa hari saya ke sana tak sempat bertemu program sebaik ini. Miniatur comel buku... saya mahu beli satu bolehkah?
Saya ke sana Sabtu lepas, kalau berkesempatan akan ulang pergi hari Rabu ini. Ada bertanya adik-adik UIA, Tuan Anuar Manshor ada? Mereka kata baru sebentar menghilang.
Tahniah, menarik sungguh gerai ITNM tahun ini. Mudah-mudahan makin berkembang usaha terjemahan negara.
Puan Najibah,
Miniatur itu diberikan percuma kepada yang hadir majlis ITNM. Saya kadangkala akan berada di PWTC. Saya berharap dapat berjumpa puan juga nanti. Banyakkah puan borong buku ITNM?:)
Banyak sangat tidak. Sekadar dapat 7 borang saja :). Hari Rabu ni mahu memborong sedikit saja lagi, mungkin di booth DBP, PTS, MPH dan cari buku Anbakri Publications.
Catat Ulasan