Buku terkini ITNM, Keberanian Menggapai Harapan adalah terjemahan daripada karya kedua Barack Hussein Obama, Presiden Amerika Syarikat, iaitu The Audacity of Hope.

Buku ini akan dilancarkan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah.

Tarikh: 21 April 2009 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Penglibatan Raja Nazrin Shah dalam majlis ilmu ini membuktikan bahawa nilai intelektual mampu mewujudkan perhubungan tanpa batas sempadan antara pihak istana dengan rakyat.

Sebagaimana Obama cuba menerapkan beberapa perubahan dalam pentadbiran kerajaan melalui kepimpinannya, rakyat jelata menyedari keampuhan kepemimpinan Raja Nazrin yang tidak terbendung kesejatian modal sosial, nilai humanisme, kebagusan moraliti, dan ketinggian akal budi.

Malah keberanian Obama menjaga keluhuran cita-cita bangsa hakikatnya sudah lama dilaksanakan oleh Raja Nazrin. Penterjemahan buku Obama ini bukan mahu menerapkan wawasan “Pandang ke Barat”, tetapi menjadi harapan ITNM supaya pembaca dapat terkesan mempunyai cita-cita organisasi sebagaimana Obama dan Raja Nazrin Shah.

8 komen:

Tanpa Nama berkata...

dah lamerr me tak bacerr buku one uoolsss..

azlishukri berkata...

nanti aku beli kat kedai ko, harap dapat diskaun ko la ye..

Ticer Syah berkata...

encem raja nazrin.. hehe

Amel Hanan berkata...

Berapakah harga buku ni selepas diskaun? Mungkin saya akan membelinya di Pesta Buku nanti.

hafizahiszahanid berkata...

boleh tak beli buku lepas tu minta Raja Nazrin tandatangani buku? hehehee tanya jer..

Adry berkata...

owh.. nanti nak beli laa... suruh akak aku belikan kat KL...


Adry @ http://www.adrysabry.com

Unknown berkata...

Yginsaf,
Maka perlulah baca buku:)

Tuan Azli,
Sudah tentu!

Puan Mamida,
Erk! Saya akan maklumkan kepada Tuan Suami:)

Tuan Amel Hanan,
Minimum 10%, maksimum 50%. Jemputlah ke gerai ITNM.

Cik Fizahanid,
Errr yang itu saya kurang pasti. Khuatir protokol terlalu ketat pula.

Tuan Adry,
Amatlah dialu-alukan.

ikan emas berkata...

Saudara Anuar,
nanti sy minta tlg kwn media belikan blh ?? ohh media ada diskaun lebih ke ?