Banyak kesilapan ayat boleh kita lihat di papan tanda, papan kenyataan, dan cetakan promosi produk ataupun perkhidmatan. Yang saya kenal pasti, kebanyakan kesilapan itu disebabkan keghairahan si pereka ayat itu menggunakan perkataan yang bombastik.

Akibatnya:
  • Locum adalah syarikat Sweden. Pada Hari Natal, mereka mengirimkan kad ucapan kepada semua pelanggannya. Namun pada 1991, mereka menukarkan huruf "O" di nama syarikat kepada bentuk hati. Bentuknya menjadi lucah sebegini:
  • Syarikat Sweden lagi, IKEA. Hampir setiap bulan saya dan isteri akan ke IKEA Damansara. Di bilik tidur utama, semua perabot dibeli di IKEA. Haha. Ada satu produk meja IKEA yang dinamakan "FARTFULL". Seperti ketandusan perkataan pula.
  • Syarikat komputer Amerika, Wang, tidak memahami punca cawangannya di Britain tidak mahu menggunakan slogan syarikat "Wang Cares". Rupa-rupanya sebutan "Wang Cares" itu dalam slanga British berbunyi "Wankers". Pun lucah juga.
  • Umbro pernah mengeluarkan kasut sukan yang diberikan nama Zyklon. Namun nama produk itu mendapat banyak bantahan kerana itu adalah bahan kimia yang digunakan oleh Nazi Jerman Israel semasa membunuh orang Israel (Holokaus).
  • Jazz bukanlah nama sebenar yang diberikan kepada Honda Jazz. Asalnya,Honda memberikan nama "fitta". Mujur mereka tidak terlalu mengejar keuntungan dengan membuat penyelidikan lagi berkenaan nama produk itu. "Fitta" adalah perkataan lama yang kesat digunakan dalam bahasa Sweden, Norway dan Denmark yang merujuk kepada genital wanita.
Begitu juga jangan gunakan perkataan "kopek" semasa berada di Kelantan. Perkataan kopek di sana bermaksud payudara.

Itulah sebab perlunya kita memahami budaya orang lain.

*Saya sedang menyiapkan ulasan buku Tafsiran Budaya.

8 komen:

Marliza Radzi berkata...

seperti selalu, blog yang sarat informasi :D

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Sumber yang diciplak daripada Internet.

jane berkata...

salam nuar,

kopek di perak pun bermaksud yg sama spt di kelantan. tapi di kedah, ia ialah beg duit!

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Oh ya? Saya pun tidak tahu. Terima kasih atas makluman itu.

Enche's berkata...

begitu juga perkataan patat (pantat) ia tidak lucah di kelantan kerana i merujuk kepada dasar. Misalnya "kicap tu dok ado kat patat" maksudnya berada di dasar.

Faizal berkata...

Enche's..
'patat' di Kelantan dan Terengganu sebutannya 'patak'..tiada 'T' di hujungnya dan ejaannya seperti ada sabdu dihuruf 'P'..seperti 'ppatak'..
Kaya sungguh bahasa di negara kita..
:-)

Anuar Manshor berkata...

Tuan Enche Lah,
Saya pun baru tahu maklumat ini.

Tuan Faizal,
Itulah keistimewaannya. Semalam bulu roma saya meremang semasa Dato' Hassan Ahmad berhujah berkenaan PPSMI di Buletin Utama TV3.

madulebah berkata...

Teringat waktu anak saudara saya dari Penang mula-mula masuk matrik UIA. Dia dimarah teman sebilik kerana menyebut kopek. Sedangkan dia merujuk kepada beg duit.

Habis bercerita saya pula bebelkan dia. Ha ha ha..

Saya kata lain kali gunakan saja Bahasa Inggeris juga janggal untuk menyebut dompet.

Oh saya suka ruangan Mewah Bahasa dalam Berita Harian. Sangat berguna untuk memahami bahasa dan dialek lain.