Semasa saya bertugas di DBP, banyak orang bertanya, "Apa yang Dr. Firdaus lakukan dalam isu PPSMI?" Selain soalan berbentuk pertikaian ini, ada juga yang mencemuh beliau kerana beliau mengambil sikap berdiam diri semasa menjadi Ketua Pengarah DBP.

Semasa beliau dilantik menjadi Senator Dewan Negara, ada pihak menganggap pelantikan itu sebagai langkah kerajaan mengeksploitasikan kredibiliti beliau sebagai mantan KP DBP dengan mempengaruhi rakyat menyokong PPSMI. Wallahu A'lam.

Namun pada hari ini beliau jelas menentang PPSMI. Baca Utusan hari ini.

* * *

Semasa di Majlis Makan Malam Alumni UIA di Hotel Nikko semalam, sempat berborak berkenaan isu PPSMI dengan seorang senior.

"Sepatutnya kerajaan mengkaji kaedah UIA memberikan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelajarnya," kata Faris.

Saya langsung tidak cemerlang dalam subjek bahasa Inggeris (BI) semasa SPM. Namun di Matrikulasi UIA, kami diberikan waktu pembelajaran yang panjang dalam subjek BI. Kaedah pengajaran pun berbeza; Reading, Listening, Writing, dan Speaking dalam kelas yang berlainan. Apabila pelajar lulus dalam semua subjek itu, barulah kami layak pergi ke UIA Gombak bagi mengambil kursus pengkhususan yang menggunakan BI.

Hasilnya, saya mampu belajar sepenuhnya dan memahami pengajaran semasa di UIA Gombak. Sistem pengajaran di UIA menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

6 komen:

Marliza Radzi berkata...

Saya juga belajar dalam English di UiTM. Semua course belajar dalam English. Tapi saya rasa memang bagus Law belajar dalam English. Sebab banyak rujukan/cases/terma, kesemuanya dalam English. Lagipun, mudahlah nanti dalam lapangan kerjaya peguam, sebab kebanyakan peguam handal/hakim hebat, lebih gemar menggunakan English sebagai bahasa perantara.

Anuar Manshor berkata...

Puan Am,
Pada kali ini, saya tidak bersetuju dengan pendapat itu. Memang banyak rujukan, kes, dan terma dalam BI. Semua itu disebabkan sejak masa dahulu bidang guaman diterapkan sepenuhnya dengan BI.

Saya menyokong dengan pendapat Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mahu memastikan bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan dan kehakiman.

Khairusy Syakirin Has-Yun berkata...

Korea mendidik rakyatnya untuk berbahasa Inggeris dengan kaedah yang unik. Mereka membina sebuah 'kota' di dalam kota, di mana di dalam 'kota' itu, keadaan dalamannya sengaja dibina berasaskan dunia Inggeris, sehinggakan sengaja diolok-olokkan untuk memasuki kota tersebut memerlukan pasport. Semua urusniaga dilakukan di dalam bahasa Inggeris. Hasilnya, dalam tempoh 6 bulan, mereka yang memasuki 'kota' tersebut sudah boleh berbahasa Inggeris.

Anuar Manshor berkata...

Tuan Khairusy Syakirin,
Idea yang baik. Namun nampaknya Kuala Lumpur ini lagaknya seperti sebuah kota di Korea itu. Bukan sahaja orang lebih suka berbahasa Inggeris, gaya hidup pun tidak ubah seperti orang Barat.

1 kota buatan di Korea=1 kota Kuala Lumpur.

mie3425 berkata...

Anuar, saya hari mesyurat PIBG sekolah anak saya pada 22 Feb 2009. Kata YDP semasa mesyurat tersebut ialah kebanyakan rakyat di Malaysia berlajar BI selama 11 tahun. Tapi masih juga tidak dapat mengusainya. Di manakah silapnya?

Anuar Manshor berkata...

Tuan Suhaimi,
Tentu ada kekurangan dalam sistem pengajaran BI. Masalah inilah yang perlu dikaji. Tidak perlulah sehingga mengorbankan subjek lain.