Dalam penerbitan, semuanya memerlukan kualiti; kualiti suntingan, kualiti terjemahan, kualiti susun atur, kualiti kertas, kualiti warna dan lain-lain. Kurang berkualiti bermaksud satu buku/majalah itu dianggap tidak berkualiti langsung.

Contohnya, sekiranya blurb (keterangan ringkas berkenaan sesebuah buku) ada kesalahan ejaan, itu menjadi kesalahan yang besar. Begitu juga sekiranya tertinggal satu nombor di ISBN, semua buku perlu ditampal pelekat menggantikan nombor ISBN yang salah itu.

Saya terfikir... Sekiranya dalam pengurusan organisasi ada ISO tersendiri, mengapa tidak dalam hal penerbitan pun ada kualiti. Saya lebih suka perincikan ISO dalam terjemahan. Maksudnya, setiap terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah, ada ISO tersendiri bagi membolehkan hasil terjemahan itu diterima.

Namun ada persoalan yang difikirkan juga:
  1. Perlukah diwujudkan ISO untuk terjemahan?
  2. Apakah ciri-ciri terjemahan yang boleh diISOkan?
  3. Bolehkah kualiti terjemahan itu diukur?

Untuk makluman, ISO 9001:2000 adalah standard yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah organisasi sekiranya mahu meraih kepuasan pelanggan daripada perkhidmatan ataupun barangan yang dibeli/digunakan.

Dalam hal ini, pelanggan adalah pembeli buku.

Pada hemat saya, ISO memang bagus. Cuma rasanya seperti terlalu leceh untuk melaksanakannya.

Disebabkan ISO lah, ibu mentua saya asyik balik malam/bekerja pada hujung minggu semata-mata untuk menyiapkan ISO. Teringat drama Gila Sempurna.

6 komen:

Enche's berkata...

Betul tu Nuar. Sempurna untuk terjemahan itu sifatnya subjektif. Terjemahan itu sebenarnya adalah seni. Dan bila ianya seni ia bersifat subjektif.

Hal terjemahan sama seperti hal mengkategorikan penterjemah yang berkualiti. Kerana itu sampai hari ini kita tidak boleh untuk memberi tauliah kepada penterjemah yang pernah menghasilkan kualiti terjemahan yang baik kerana pada masa akan datang belum tentu penterjemah akan melahirkan terjemahan berkualiti seperti yang diharapkan.

Anuar Manshor berkata...

Enche Lah,
Apabila Enche Lah katakan terjemahan itu seni, saya terbayang penciptaan lagu itu juga adalah seni.

Namun boleh pula mereka mengukur kehebatan sesuatu lagu itu walaupun ia amat subjektif.

*Sebab Juara Lagu tidak lama lagi. hehe

jane berkata...

salam Nuar,

betul. betul juga agak leceh meng ISO kannya. tapi, it's better late than never, rite ? cubalah usulkan...

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Bak kata Enche Lah, ada kesukaran mengISOkan terjemahan. Namun mungkin ada cara bagi mengatasinya.

.: mama cute :. berkata...

kau begitu sempurna... di mataku kau begitu indah.. ekekeke.. suma nak sempurna. mmg pisan.. even manusia pon takde yang perfect.. i hate ISO stuff.. huhu

Anuar Manshor berkata...

Puan Mamida,
Syukur kini saya tiada lagi PTK!hehe