Sekiranya menurut "mazhab" DBP, penggunaan "Baharu" dalam konteks ini lebih tepat daripada "Baru". BAHARU bermaksud benda-benda yang baharu contohnya kereta baharu dan lain-lain. Manakala BARU pula lebih tepat untuk maksud seperti ayat ini, "Saya baru pulang", "Saya baru tiba dari Kajang" dan lain-lain yang seumpamanya.

Sebenarnya saya pun terpengaruh dengan "mazhab" ini.

Semasa Majlis Pelancaran Buku Politik Baru:
Antara staf ITNM sebelum bermulanya majlis.

Persedian terakhir.

Ketibaan penulis, Dato' Saifuddin dan isteri.

YB Dr. Puad Zarkashi disambut oleh Pengurus Korporat ITNM, Encik Razin.

Tiga orang kuat ITNM; Pengrusi ITNM, Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh (tengah), Pengarah Urusan ITNM, Encik Mohd Khair Ngadiron (kanan), dan Encik Razin Abd. Rahman (kiri).

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Ucapan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak ini boleh dibaca di Utusan Malaysia.

Semalam, banyak lagi gambar ini di Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, NST, Nanyang dan lain-lain.

3 komen:

azlishukri berkata...

Tuan Anuar : Ko memang layak dari dulu lagi dengan kerja2 yang melibatkan majlis dan protokol..mcm BBSN dulu. bagus juga ko dah di pindahkan bahagian tu..sekurang2nya ilmu kursus kat DBP tu boleh diparktikalkan.

mira berkata...

saya tak tau pula ada perkataan baharu selain untuk kota bharu atau johor bahru ;)

Unknown berkata...

Tuan Azli,
Sebab aku pernah masuk kursus etika dan protokol kot! haha

Puan Mira,
Nama tempat ada pengecualian. Ikut suka hati si pembuat nama. Kalau nama bahasa Inggeris, memanglah ditentang.