Saya menghabiskan cuti empat hari dengan bersama-sama keluarga sahaja.

Suka melihat Adam di rumah Abang. "Comel!" kata Isteri sehinggakan menonton filem Rob B Hood di TV3 semalam pun Isteri terbayang-bayangkan Adam.

Paling menyeronokkan, pergi ke Ikea bersama-sama Mama dan Isteri, lengang tiada kawan-kawan Cina. Menonton wayang Inkheart di Summit USJ pun tidak ramai orang. Pendek kata, Kuala Lumpur lengang sepanjang minggu ini.
***
Semalam, saya dan Isteri menghabiskan masa menonton televisyen sahaja. Pukul 11 pagi, menonton CJ7 di AXN. Manakala filem Rob B Hood pula di TV3 malam tadi.

Asalnya filem CJ7 menggunakan audio bahasa Inggeris, tetapi saya menukarkan kepada audio berbahasa Cina. Saya kurang pasti sama ada bahasa itu Kantonis ataupun Mandarin kerana saya tidak mahir dengan dua bahasa itu. Yang saya pasti, audio itu bukan suara Stephen Chow.

Mujur audio Jackie Chan dalam Rob B Hood menggunakan suara asal. Terjemahan (subtitlle) bahasa filem itu juga amat baik. Semasa commercial break filem itu, ada iklan Anlene yang menggunakan model pelakon Michelle Yeoh. Yang menarik, gerakan bibir Michelle selari dengan suaranya yang menggunakan bahasa Melayu (BM). Kagum pula!

Saya kurang pasti Michelle boleh berbahasa Melayu ataupun tidak. Saya pun kurang pasti Jimmy Choo (ada namanya dalam lagu terbaharu Shontelle [T-Shirt]) boleh bertutur dalam BM ataupun tidak. Isteri kata Jimmy boleh berbahasa Melayu, "Kalau tidak, bagaimana dia bercakap dengan Siti Nurhaliza semasa Siti datang ke butiknya di London dahulu."
***
Esok akan ke Pulau Pinang menemani Isteri yang mahu menyelesaikan kes mahkamah di sana.

5 komen:

ABSOLUTE berkata...

alaa, dah ingat cj7 dkat axn. tp terlepas plak tgok. nsib tak menyebelahi. hehe.

yea, siapa ada 3/4K utk sepasang kasut, sila pergi ke jimmy choo di klcc. :)

wutsLeft berkata...

nanti blk leh singgah ipoh k.. huhu

Unknown berkata...

Tuan Asybedazzle,
Saya pun siaran ulangan.

Butik itu baru buka, bukan?

Tuan Ajim,
Aku perlu segera tiba di sana. Lain kalilah aku datang ya.

jane berkata...

salam nuar,

boleh kut michelle yeoh tu cakap melayu...orang ipoh garden. bapak dia ada bas sri maju sarata...

cj7 sangat best...masa pukul lipas tu x tahan...saya pun tukar ckp cina sbb bi dia mcm x best dengor...

Unknown berkata...

Cikgu Jane,
Namun mengapalah orang Melayu berlagak juga mempertahankan PPSMI? Saya tidak faham langsung.