Mula bertugas di ITNM pada 2 Januari 2009. Saya ditempatkan di Unit Buku, Bahagian Terjemahan, Jabatan Terjemahan dan Penerbitan.

Namun kini tidak lagi. Hari ini masuk hari kedua saya ditukarkan ke Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Korporat.
***
Saya pernah mendalami ilmu penerbitan buku malah dapat memahami ilmu penerbitan majalah. Manakala niat asal saya menyertai ITNM kerana mahu belajar ilmu terjemahan pula. Walaupun tidak lagi terlibat secara langsung dalam aktiviti terjemahan, saya menjangkakan akan dapat juga mempelajari ilmu terjemahan secara langsung.

Bak kata Puan Siti Rafiah, bekas bos saya di Bahagian Terjemahan, "Nanti awak ikut serta kursus terjemahan ya." Bayaran kursus terjemahan sebenarnya agak tinggi. Kalau staf sudah tentu percuma!:)

Walau bagaimanapun, saya tetap gembira ditukarkan di tempat baharu ini. Hal ini kerana Encik Khair, Pengarah Urusan ITNM, meminta saya selalu mengemas kini blog. Bukan itu sahaja, saya perlu kerap menulis sebarang skop khususnya berkenaan penerbitan dan terjemahan di mana-mana penerbitan. Haha! Itu memang "makanan" saya! Diberikan komputer riba lagi untuk semua kerja ini. Geram pula internet di rumah belum lagi dipasang walaupun sudah mendaftar lebih tiga minggu! Dasar
Streamyx "tut"...

Tugasan pertama sudah saya siapkan, tetapi belum lagi diselesaikan. Saya sudah menyiapkan penulisan berkenaan pelancaran buku Politik Baru esok. Disiapkan selepas Subuh Ahad dalam masa tiga jam. Rekod lagi! :) Saya sudah menghantar artikel itu semalam ke Khuzairi Ismail, (meja Rencana) untuk diterbitkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Namun artikel saya tidak tersiar, tetapi tetap ada penulisan berkenaan majlis esok yang ditulis oleh Azman Anuar, orang Utusan sendiri. Tidak kisahlah. Asalkan ada cerita untuk majlis esok. Klik Utusan untuk baca artikel itu.

Kini sedang berfikir-fikir kaedah untuk membangunkan korporat ITNM. Dalam masa yang sama, perlu juga dipromosikan buku-buku ITNM. Mujur ada Isteri yang akan mendengar/mencadangkan/mengkritik idea-idea saya.

Bos baharu saya, Puan Zinitulniza kata, "Awak perlu selalu balik lewat."

9 komen:

jane berkata...

salam Nuar,

wahh...suka ye. siap boleh hapdet dan dapat mat top pulak. eheh...streamyx...? x best lar...amik celcom broadband la bro. lebih menarik dan tidak bermasalah.

.: mama cute :. berkata...

call le depa selalu.. msti depa bingit tinga then trus dtg pasang.. celcom broadband pon ok. cuma masa aku pasang stimix dulu.. si celcom tak latang lagi.. so tak dapek la nk nolong.. waakakakae

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Ada cadangan juga menggunakan broadband, tetapi kasihan pula isteri tidak dapat mengakses sama internet.

Puan Mamida,
Baru sahaja menghubungi mereka. Di hujung perbualan, "Saya akan menghubungi semula Isnin untuk memberikan 'tekanan' sekiranya tiada perkembangan."

myadlan berkata...

adakah ITNM dekat wangsa maju tu? dekat jela rupanya.

semoga terus maju dlm kerjaya juga di tempat baru!

Zalisa Maz @ ZN Isa berkata...

Saya suka dgn ayat yg dibold di bawah sana tu :D

daLyaanoon berkata...

PERLU SELALU tu...sinis!

tapi mcm menarik dan mencabar jer tugas baru tu!

Wasunni Al-Kelantani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wasunni Al-Kelantani berkata...

tuan anuar..

Pengarah Utusan ITNM tu en Khair Ngadiron ker? mantan deputy dean MCIIUM?

kalu betul, best la kau dapat bos En Khair...hehe

aku pernah satu pentas berceramah bersama En Khair..bukan ceramah politik yer..hehe..tapi ceramah motivasi dan kepimpinan..

Anuar Manshor berkata...

Tuan Adlan,
Ya memang di Wangsa Maju. Dekat UIA juga.

Terima kasih atas doa.

Puan Zalisa,
Saya pun amat berbesar hati.

Ustaz Din,
Mencabar barulah "menggerakkan" otak.

Tuan Salleh,
Aku pun suka belajar benda baharu daripadanya.