American Dreams malam tadi berbeza pula dengan episod yang lalu. Tiada lagi gejala negatif. Episod kali ini agak "suram" sedikit kerana Presiden Amerika Syarikat (AS) pada masa itu, J. F. Kennedy baru mati ditembak. Jadi keluarga JJ Pryor, malah semua rakyat AS pun berkabung kesedihan.

Dalam masa kesedihan itu, isteri JJ Pryor, Helen Pryor, sempatlah jumpa rakan lamanya yang pernah berkahwin dengan profesornya, dan kini berkahwin lagi dengan profesornya juga. Cikgu mengahwini anak murid.

Helen seorang pencandu buku. Beliau ada kelab buku yang diadakan seperti usrah di rumah. Yang menyertai kelab buku itu dalam kalangan wanita-wanita tua. Jadi seorang rakan Helen mengejeknya lalu mengajaknya pergi ke satu kelab buku di sebuah universiti.

Yang menariknya, kelab buku itu dikendalikan oleh seorang yang lagaknya seperti pensyarah. Beliau seolah-olah memprovokasi semua ahli kelab dengan ayat-ayat yang merangsang ahli kelab untuk bersuara. Ahli kelab pula lancar berhujah lengkap dengan nama penulis, buku dan isi kandungan buku itu. Bersinar mata Helen melihat kelab buku yang begitu bertenaga.

Kemudian...zzzzzzzz... Saya pun tertidur sebelum pukul 10.

10 komen:

jane berkata...

salam Nuar,

macam x best aje. x pernah tengok pun citer ini. kami suka nengok NG dan AFC juga history...

Anuar Manshor berkata...

Cikgu Jane,
Sebab itulah saya tertidur. Puan Fadhilah sahaja yang bersengkang mata menonton drama itu.

Sahalfikri berkata...

owh bagi aku mcm menarik(berdasarkan penceritaan kau) wlp tak pernah tgk.

adakah persamaan kami (aku dan Fadhilah) disebabkan kami lulusan undang2..hehe

mariahsj berkata...

Uuggh..yeeeuw.

Fadhilah berkata...

Memang dari dulu suka menonton filem2 berkaitan teori2 konspirasi macam pembunuhan JFK ni,haha!Ditambah dengan konflik warna kulit dan galakan bersuara melahirkan ekspressi diri,memang bertambah lazat ler filem ni!
suhail:secara tak sedar telah berlatih berfikir teori2 macam ni masa study criminal law & criminal procedure code dulu,ngehehe!

Anuar Manshor berkata...

Tuan Suhail,
Drama itu memang menarik, cuma aku penat sangat rasanya. Kami ada sindrom boleh terlena sekiranya duduk di sebuah sofa di rumah. Serius betul!

Puan Zaitun,
Tadi saya datang pejabat, Kak Ton pula tiada.

Isteri,
House dan CSI lagi menarik, bukan?

gangga awana berkata...

salam

antara drama ni atau Before Sunset (lakonan Ethan Hawke) mana yang best ek?hehehe

wasalam

Anuar Manshor berkata...

Tuan Malie,
Aku belum menonton drama itu lagi.

mariahsj berkata...

Anuar,
Oh ya? Ada medical check-up. Tak pe, kita jumpa selasa nanti, insyaAllah...

.: mama cute :. berkata...

apointment pon leh bikin kat sini.. kekkekeke...

apa pon tak penah tgk AD sbb takde astro kat umah.. kekekeeke.. cian kami.. huhu