Minggu lepas jalan-jalan di Pekan Buku Universiti Malaysia. Niat asal mahu meninjau kuantiti majalah-majalah DBP yang masih belum dijual. "Terbeli" pula buku Blog hasil himpunan daripada blog Tun Dr. Mahathir, chedet.com, dan buku Penulisan Suara Baru Kontemporari terbitan Stormkitchen.

Dalam buku Blog, A. Kadir Jasin menulis dalam ruangan "Pengenalan" yang menyatakan, "Ini juga adalah kerana blog beliau kerapkali dikemas kini termasuk maklum balas pembaca. Dan sejajar dengan semangat blog, beliau membenarkan dirinya dikritik malahan diperlekehkan. Tentu sekali beliau juga kaya dengan maklumat, pengetahuan dan fakta sejarah untuk mempertahankan hujahnya dan mematahkan tuduhan-tuduhan terhadapnya."

Itu Dr. Mahathir. Tidak tertanding blog saya dengan blog beliau.
Blog saya biasa-biasa sahaja. Abang pun baru membuka blog dengan konsep "kedai dobinya". Saya tidak sampai hati mahu mengutuk reka bentuk blog Abang, tetapi memang tidak menarik! haha. Abang pun meminta bantuan untuk mengubah reka bentuk blognya.

Mujur adik ipar, Amran, pakar dalam bab-bab berkenaan internet. Dalam masa yang sama, Amran dengan saya sedang melaksanakan satu projek. Rahsia! Hasil kerja dengan Amran selama dua hari berselang, sempatlah juga menyiapkan reka bentuk blog Abang yang baharu.

Lambat siap kerana menggunakan HTML, bukan CSS. Bolehlah... Blog Abang, klik mrs.Clean. Abang, kemas kini selalulah dan tinggalkanlah "kesan" di blog orang lain.

3 komen:

Nida Shaari berkata...

Sangat menarik.

Tapi kedainya jauh dari tempat tinggal saya.

Sayang sekali.

Ticer Syah berkata...

pegi dah melawat kat blog si abang.. kami dah tinggalkan kesan pon.. waakakkakaakka

Unknown berkata...

Cik Madu Lebah,
Dari tempat tinggal saya pun jauh. Ibarat dari Kota Tinggi ke Johor Bahru. Hehe.

Namun tetap hantar baju ke sana juga. Kerana dapat harga murah! haha.

Puan Mamida,
Bahaya meninggalkan kesan!hehe