Kak Maz (kakak ipar) yang sedang mengandung enam bulan dimasukkan ke wad kerana ada sedikit masalah di serviksnya. Abang Shahrul meminta saya menjaga kedai dobinya (di Shah Alam) sementara dia menjaga Kak Maz. Selepas waktu kerja di pejabat, sempatlah bersama-sama isteri menjadi "usahawan terjun". Seronok!

Namun penat juga. Tiba di rumah mentua (Subang Jaya), terus sahaja masuk ke bilik walaupun rasanya agak kurang adab.
Bukannya terus tidur, tetapi buka laptop untuk menonton Freedom Writers yang diberikan oleh Abang Zul. Terima kasih Abang Zul kerana bersusah-susah mendapatkan filem ini daripada Anas.

Mula-mula disangkakan watak murid-murid dilakonkan oleh kanak-kanak, tetapi rupa-rupanya pelajar-pelajar Wilson High School di Long Beach itu terdiri daripada gengster-gengster yang pernah membunuh dan melakukan rompakan. Malah pistol juga dibawa ke sekolah.
Filem berasaskan pengalaman sebenar Erin Gruwell, guru bahasa Inggeris tahun kedua lakonan Hilary Swank ini berjaya mengubah perangai pelajar-pelajarnya dengan mengingatkan semula peristiwa Holocaust, kononnya tindakan zalim Nazi kepada orang Yahudi. Erin menyamakan masalah kejahatan pelajarnya dengan kezaliman Nazi. Yang menjadi mangsa kejahatan pelajar dan kezaliman Nazi adalah orang lain. Itu cara psikologi pertama Erin.

Kedua, Erin mengetahui pelajar-pelajarnya ada masalah peribadi. Lalu Erin mencadangkan supaya pelajarnya menulis segala yang terbuku di dalam hati dalam jurnal yang diberikan percuma. Selepas menulis, disediakan sebuah almari untuk dibaca oleh Erin.

Kemudian semasa cuti sekolah, mereka diberikan novel Anne Frank yang dikatakan menjadi mangsa kezaliman Nazi. Atas keinsafan dan keterbukaan pelajar-pelajarnya meluahkan segala terpendam, Erin berjaya menyatukan semua pelajarnya daripada berpuak-puak.

Filem ini sudah lama. Saya agak ketinggalan menonton filem yang layak saya berikan 4/5 kerana dialog dan plot yang disampaikan cukup bermakna. Contohnya, majlis yang bertema "Toast for Change" bukan mudah diadaptasikan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang kebanyakannya "pemalu". Namun saya mengetahui filem ini adalah propaganda Yahudi bagi mengingatkan semula peristiwa Holocaust dan menarik simpati dunia kepada Yahudi.

Filem yang diadaptasi daripada novel The Freedom Writers Diary: How a Teacher and 150 Teens Used Writing to Change Themselves and the World Around Them wajar ditonton oleh guru-guru di Malaysia. Lupakan kisah Holocaust yang langsung tidak boleh percayai, tetapi ambillah kaedah seorang guru mengajar dengan kreatif dan tidak mengabaikan nilai intelektual.

Kesannya, semua pelajar Erin memperoleh kejayaan cemerlang sehingga berjaya memasuki sekolah tinggi dan universiti. Yang penting, seusai menonton filem ini, saya terus mengucup pipi isteri yang sedang comel tidur kerana terkesan dengan curahan kasih sayang Erin terhadap pelajar-pelajarnya.

Pautan:

14 komen:

As berkata...

wow da lama ke filem ni, tak pnah tau pun...

hu, lagilah ketinggalan..cite2 mcm ni la best tengok :D

Unknown berkata...

Puan Nurilahi,
Memang best, tapi susah mahu mendapatkannya. Di pawagam pun tidak keluar.

Ticer Syah berkata...

polak.. apasal kat pawagam tak kuar

wajib tonton nih..

saya mesti pilih (tag iklan bank rakyat..) kuikui

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Wajib?Berdosa kalau tidak tonton!hehe. Minta DVD dari Suhail ya.

siku lipat berkata...

kalau tak silap, sekarang cerita ini sedang sibuk dimainkan di astro cuma tidak pasti masih ada lagi atau tidak.

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Memang ada di Astro. Orang yang tidak HBO macam saya ini perlulah mencari DVD cetak rompak yang percuma. hehe

Tanpa Nama berkata...

aku mesti suruh adik dgn mak aku tengok ni..
depa cikgu..hehe

tak pun, kepada sesiapa yang ada anak ke, anak sedara ke, adik ke yg rasa2 cikgu dia tak ada semangat nak mengajar, hadiahkan DVD citer ni..

Unknown berkata...

Tuan Nadmin,
Kalau mereka tidak berminat menonton filem, kau hadiahkanlah novel itu.

Ticer Syah berkata...

nuar oit.. kami pon takde astro kat rumah sbb no time to watch tv la..lagipon rasa mcm wasting money aje melanggan astro.. huhu.. channel yang ada skang ni pon tak tertengok.. ngeee.. kena pinjam soguy nih.. dia msti bg pinjam kat makcik dia yg cute nih.. kuikuikui

Unknown berkata...

Puan Mamida,
Saya pun tak tertonton Astro. Tapi wajib tonton siaran 701 pada hari Ahad bermula pukul 12 tengah hari-3 petang. CSI tak boleh tinggal!hehe

Zamri Mohamad berkata...

Banyak paparan di You Tube mengenai filem ini,

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Unknown berkata...

Tuan Zamri,
Ya benar. Memang filem ini menarik.

TEAM KAMI berkata...

nanti kalo ade citer lg aku bg tau lg la.sbnarnya byk lg cite cuma antara igt x igt jer tajuk.maklum la kite nak didik org nie base on experience org lain.

Unknown berkata...

Mai,
Maklumkan aku kalau ada filem yang bagus. Sekarang ini, aku dah jarang tonton filem di pawagam.