Soalan:
Mengapakah makanan yang masuk ke mulut kita berwarna-warni, tetapi yang keluar hanya berwarna coklat? Ataupun kadangkala ada yang berwarna hitam, merah dan kuning. Tidak pernah pula tinja itu berwarna biru, jingga, kelabu dan sebagainya. Kalau yang "keluar" itu berwarna merah jambu, pasti terkejut orang yang sedang meneran.

Warna coklat itu terhasil di dalam perut (tali perut) semasa dalam perjalanannya keluar. Namun yang kita lihat di dalam mangkuk tandas itu bukan sahaja bahan makanan yang dihadamkan, tetapi turut terkandung darah! Kerana sel darah yang sudah digunakan perlu dipam keluar dari badan kita/binatang.

Sel-sel itu perlu terurai dahulu. Salah satu komponen semasa terurai ialah kimia yang dipanggil bilirubin. Apa warnanya? COKLAT!

6 komen:

Tanpa Nama berkata...

nuar, kalau yg kluar pun berwarna warni camana eh? Takut orang terkeliru lak nanti....Eeee tak mau lah....

Unknown berkata...

Puan Zaitun,
Kalau yang berwarna warni, memang ada masalah perutlah itu. Ini yang rasa mahu "ambil" medik.

mrclean d' 7 berkata...

satu fakta yg menarik..!!! good to know...keep it up

Marliza Radzi berkata...

seperti biasa, sarat info!

Unknown berkata...

Abang,
Syukran.

Am,
Biasa-biasa sahaja.

AyinEmran berkata...

dulu slalu ingat tinja org melayu je kaler coklat, sbb mkn cili. org putih kaler cerah, sbb tak mkn cili. haha. salah rupanya.