Saya sengaja menulis semua ruangan fokus Dewan Kosmik Ogos 2008 ini. Puas! Semuanya saya coret hasil wawancara dengan empat pegawai di Institut Sukan Negara (ISN).

Mungkin ada orang kata, fokus kali ini meniru Estidotmy yang pernah menerbitkan isu sains sukan pada Jun 2007. Biarkan. Sebenarnya saya sudah merancang untuk mengupas isu sains sukan semasa bertemu dengan seorang bekas atlet hoki negara. Beliau mencadangkan supaya dikupas isu sains sukan. Saya pula terus merangka untuk menerbitkan semasa Sukan Olimpik 2008. Kebetulan.

Sukan Malaysia perlu diterapkan dengan unsur-unsur sains sekiranya mahu maju. Era sukan kini bukan lagi bermain dengan teknikal dan taktikal sahaja, tetapi sains sudah menjadi senjata baharu atlet. Lihat sahaja atlet Amerika, China dan Australia. Realitikan Shaolin Soccer dalam sukan bola sepak, tidak mustahil pasukan Malaysia memasuki Piala Dunia.

3 komen:

Mohd Faizal berkata...

Wooww..banyaknya tulisan Tuan bulan Ogos..jeles2..hehe.
Artikel dalam Dewan Bahasa macam menarik perhatian..saya belum pernah beli lagi D.Bahasa. Tajuk-tajuk rencana tersebut mungkin menarik saya ke kedai-kedai majalah yang menjual majalah dewan..
hehe!

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Secara peribadi, saya mencadangkan tuan mendapatkan majalah Dewan Bahasa dan Dewan Budaya Ogos ini. Selain banyak penulis yang sudah mapan, artikel yang disiarkan amat menarik.

TEAM KAMI berkata...

khir jgn lupa interbiu aku skali nanti.huhuhu.