Dewan Bahasa adalah majalah pertama yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Mula diterbitkan pada 1957, seusia dengan kemerdekaan negara. Majalah ini tidak pernah gagal diterbitkan oleh karyawan DBP sebagai inisiatif dan langkah memartabatkan bahasa Melayu.
Kini Puan Ritah Yahaya bertanggungjawab menerbitkan majalah yang rasanya tertua di Malaysia, dengan bantuan Nurhamizah Hashim. Walaupun majalah ini sudah "tua", Dewan Bahasa masih lagi berwarna satu kuras (16 halaman) sahaja, bakinya tetap berwarna hitam putih. Adakah ini menggambarkan ketidakseriusan sesetengah pihak dalam mengagungkan bahasa Melayu?
Lihatlah contoh artikel di atas. Halaman yang mempunyai tajuk artikel dan gambar Hisham Salmin itu berwarna hitam putih, manakala halaman yang tertera komik Dee itu berwarna.
Kini Puan Ritah Yahaya bertanggungjawab menerbitkan majalah yang rasanya tertua di Malaysia, dengan bantuan Nurhamizah Hashim. Walaupun majalah ini sudah "tua", Dewan Bahasa masih lagi berwarna satu kuras (16 halaman) sahaja, bakinya tetap berwarna hitam putih. Adakah ini menggambarkan ketidakseriusan sesetengah pihak dalam mengagungkan bahasa Melayu?
Lihatlah contoh artikel di atas. Halaman yang mempunyai tajuk artikel dan gambar Hisham Salmin itu berwarna hitam putih, manakala halaman yang tertera komik Dee itu berwarna.
8 komen:
Sdr. Anuar,
Terima kasih kerana mempromosikan majalah Dewan Bahasa. Hal prejudis, diskrimisi dan skeptikal terhadap bahasa Melayu sudah saya sebutkan dalam blog saya di bawah entri "Selagi Berprejudis" dan dalam forum yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Johor di Muar pda tahun 2007.
Sikap prejudis dll. itu melibatkan semua pihak di negara ini. Termasuk mereka yang terlibat dalam bidang penerbitan.
Saya pun dah jerih meminta warna dan lay out yang menarik, tetapi kurang diendahkan. Harga majalah Dewan Bahasa yang begitu-begitu pun - RM6.50 (mahal). Kononnya harga tersebut yang diputuskan oleh syarikat pemasaran mampu dibeli oleh pembaca saran, iaitu pensyarah dan guru. Bagaimanakah pula dengan pembaca potensi yang lain seperti pelajar, orang umum. dsb.?
Bagi saya, itu alasan yang cukup bodoh. Sudah lah mahal, usaha promosi pula tidak bersungguh-sungguh.
Dalam hal ini, saya tidak rugi apa-apa dan kalah. Yang kalah ialah orang yang tak mahu mendengar. Saya tidak mahu menyalak berlebih-lebih kepada burung kakaktua yang hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu apa-apa. Saya tidak rela suara saya hilang disebabkan oleh perkara bodoh yang diciptakan oleh orang lain yang mengajak kita dan masyarakat menjadi bodoh.
Suara saya "mahal" harganya.
Puan Ritah,
Mari kita mulakan gerakan bawah tanah. Shah Iran diusir pun dengan gerakan sebegini.
Gerakan Bawah Tanah? Kalau kita bukan anai-anai, baik fikirkan semula. Anai-anai memang diftrahkan sebagai pakar gerakan dalam dan bawah tanah.
* Nak menuntut ilmu anai-anai dulu...
Nuar,
yang berWARNA kalau tidak dibaca, tidak juga akan MENERANGKAN mata yg kabur dan hati yg kelam.
Che Ta,
biar bersuara sepi asalkan getar bahasanya difahami.
Siapa Nurhamizah? Ke mana Roshasliza?
Puan Ritah,
Tapi anai-anai buta pula.
Puan Shahriah,
Kalau mata kabur, perlu dipakaikan kaca mata. Tapi kalau hati kelam, kena cuci dengan air zamzam gamaknya.
Hamizah sahabat baharu Puan Ritah. Ros ditukarkan ke Istilah.
Uuuuu, hangat. Mereka melakukannya utk menutup kebodohan masing-masing. Sebab tu mereka pekak badak je.....janji pulus masuk, peduli apa hal negara dan bangsa. Jangan kita terjerumus sama.
salam..
sedih gak tengok majalah dewan bahasa ni..kalau ko nak tau la..kat RTM ada perpustakaan.pernah dalam seminggu aku duduk dalam tempat tu dari pagi sampai petang.
kalau ada staf yang masuk tempat tu, baca surat khabar tak pun periksa friendster.yang baca buku atau pinjam buku..tak payah cakap.sedih.(pustakawan yang bagitau)
kalau baca majalah, majalah yang jarang dibaca 1. dewan sastera 2. dewan bahasa 3. dewan masyarakat 4. majalah info (cth : times, newsweek, asiaweek, d.l.l)
yang selalu dibaca 1. mastika 2. nur 3. urtv (antara yang hangat) 3. billboard.
Bila aku tengok majalah keluaran Dewan je..aku sedih..sebab..majalah-majalah itula yang jarang rosak..kalau majalah inggeris macam times d.l.l yang selalu baca pun staf bukan melayu.
Kesimpulannya..entahla aku tak tau nak bagitau apa..aku..baca je la...
malie
Puan Zaitun,
Semoga Allah merahmati mereka dan memudahkan usaha kita berhasil.
Malie,
Isu ini sudah lama berlaku. Semoga BM tidak pupus...
Catat Ulasan