Erotik biasanya dikaitkan dengan seks. Memang pun! Cerita-cerita seks atau erotik biasanya tidak digalakkan untuk dibaca. Mengapa? Sedangkan kita perlu membaca cara-cara melakukan seks dengan betul supaya rumah tangga kekal utuh. Contohnya, buku Permata Yang Hilang oleh Ibnu Yusuf. Buku-buku Dr. Ismail Tambi pun perlu dibaca untuk memahami anatomi seks manusia.
Dalam masa yang sama, membaca bahan-bahan erotik menjadikan kita tahu keadaan realiti yang tidak dapat diketahui di akhbar-akhbar semasa. Buku Jakarta Undercover misalnya banyak membongkar realiti kehidupan kota Jakarta yang wujudnya kegiatan yang rasanya membuatkan banyak orang tercengang (jika baru dapat tahu).
Wajarkah bahan-bahan erotik diharamkan? Buku intelektual pun banyak juga KDN haramkan. Akhirnya, baca sahaja Doraemon.

3 komen:
kalau sudah berumahtangga, tak apa anuar..kalau yang belum yang susah..
nak nak yang baru di bangku sekolah yang membacanya..macam-macam boleh terjadi..
mungkin perlu diwujudkan ruangan bacaan untuk orang dewasa sahaja di kedai buku..
Tuan Nadmin,
Dalam zaman sekarang, benda yang ditahan-tahan itulah yang menjadi rebutan. Contohnya, banyak buku yang memesongkan akidah dijual di Wisma Yakin, tidak diharamkan. Namun tidak timbul pula isu ada orang murtad. Maksudnya, orang perlu tahu. Akal yang menentukan baik dan buruk.
Dalam bercerita tentang akal yang menentukan baik dan buruk. Perlu juga ambil kira nafsu dan rasa. Barangkali seorang remaja itu cukup pintar akalnya membezakan baik dan buruk Tapi bagaimana pula jiwa yang bergelodak apabila terbaca bahan-bahan erotik? Di mana nak dilepaskan gelodak itu?
Saya tidaklah menolak sepenuhnya buku yang mendidik tentang seks. Selagi ianya dalam ruang lingkup saintifik. Kalau yang dah sampai siap dengan ilustrasi macam Permata Yang Hilang tu lebih baik dikawal. Dan kalau boleh buku pendidikan seks biarlah ilmiah, bukan diselitkan zikir-zikir merepek yang entah daripada mana seperti buku Permata Yang Hilang tu.
Catat Ulasan