Saya mula menggunakan komputer semasa berumur 12 tahun (darjah enam). Seingat saya, pada masa itu hanya kami yang sudah memiliki komputer di kuarters Kastam. Abah sanggup membelinya semata-mata mahu melihat anak-anaknya dapat mengikuti perubahan teknologi semasa.

Semasa mula-mula mengetuk papan kekunci (keyboard) memang menyusahkan. Terfikir juga kenapalah orang yang mencipta alat ini tidak menyusunnya mengikut susunan huruf abjad. Pada masa itu, terkial-kiallah mengetuk papan kekunci semata-mata mahu menulis nama sendiri (suka menulis nama sendiri di WordPad).

Papan kekunci yang digunakan sekarang sebenarnya diadaptasikan daripada mesin taip. Christipher Sholes adalah orang yang mempatenkan mesin taip pada 1868. Pada asalnya, beliau hanya menyusun huruf-huruf yang kerap digunakan pada papan kekunci mesin taip. Huruf pertama di papan kekunci ialah QWERTY (seperti di papan kekunci; baris pertama dari sebelah kiri atas).

Pernah ada usaha untuk mencipta papan kekunci baharu untuk menggantikan QWERTY, iaitu pada 1936 oleh August Dvorak. Beliau menyusun huruf vokal AEIOU di tengah-tengah papan kekunci. Manakala huruf konsonan yang biasa digunakan, iaitu DHTNS diletakkan di sebelah kanan. Beliau menyangkan tindakannya itu memudahkan pengguna atau membantu jurutaip menaip dengan pantas, tetapi banyak pengguna mengadu sukar mempelajarinya.

Di barisan pertama papan kekunci, perkataan yang boleh dibina ialah TYPEWRITER, PREREQUIRE, PROPRIETOR, REPERTOIRE, REPETITORY, dan PERPETUITY.

Perkataan paling panjang yang boleh dibina daripada papan kekunci bahagian tengah ialah ALFAFAS.

Ayat bahasa Inggeris yang menggunakan semua huruf di papan kekunci ialah, "The quick brown fox jumps over the lazy dog."

13 komen:

Korakora berkata...

kalau dlm bahasa melayu, tak ada ayat yg guna semua huruf? :))

Unknown berkata...

Nazmi,
Belum dikaji lagi. haha

Tanpa Nama berkata...

Kami je yang ada komputer waktu tu...

Wow! Tahniah Bapak Manshor yang prihatin terhadap anak-anaknya.

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Hari ini tarikh hari lahir ayahanda Manshor. Semoga Allah merahmati dirimu abah.

azlishukri berkata...

tahniah anuar dan kak ritah..

mira berkata...

assalamualaikum.

selamat berkenalan. terima kasih atas perkongsian maklumat :)

INSPIRASIHANA berkata...

Nuar..menarikla artikel ni....(",) rajin2la bagi komen kat blog akak ye..hehe (",)

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Lahir yang Terlewat untuk Bapak Manshor. Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Teringat Nyonya Manshor dalam filem Kasim Selamat. Alah Kassimmm!!! Selamat bersemadi dalam damai.

Unknown berkata...

Mira,
Semoga selamat semuanya:)

Kak Hana,
Saya selalu berkunjung ke sana. Cuma belum meninggalkan komen sahaja.

Kak Ritah,
Tontonlah pula Ayat-ayat Cinta.

S.YanaZ berkata...

Kenapa dengan Ayat2 Cinta...

Sekadar btanya.

Unknown berkata...

Kak Shahriah,
Itu filem yang elok ditonton. Tak mahu cerita lebih-lebih. Tonton sendiri nanti ya!

Elene Manshor berkata...

Setiap jari mempunyai hurufnya tersendiri. Bagi yang belajar menaip mesti tau kaedah ni. Baru faham kenapa orang boleh taip tanpa tengok keyboard. Perasan tak di huruf F dan J ada satu garis timbul. Itu adalah untuk memastikan kedudukan jari berada di tempat yang betul. Jari telunjuk kiri dan kanan dan seterusnya keyboarding menjadi lancar.

Unknown berkata...

Neesaraisa,
Betullah. Saya baru perasan. Terima kasih.