Kebelakangan ini, saya mula belajar memasak sendiri, masak yang mudah-mudah sahaja seperti bubur. Yang berat-berat belum lagi dipelajari. Emak menyuruh beli itu dan ini supaya mudah memasak nanti. Semua peralatan memasak sudah ada, cuma belum tahu hendak memasak masakan apa.

Kadang-kadang duduk makan berseorangan di dapur, terfikirlah macam-macam. Apa sebab bawah sink boleh keluar air, bagaimana penghembus dapur (stove blower) menghilangkan asap dari dapur memasak, mengapa bau busuk walaupun sampah hanya ditinggalkan sehari semalam (haha), dan bolehkah memasak air menggunakan air sejuk ataupun air panas?

Kalau memasak air menggunakan air panas, adakah air itu cepat dijerang? Ataupun sekiranya menggunakan air sejuk, adakah air itu lambat menggelegak?

Saya pun mencuba melakukannya...

Satu dapur diletakkan air panas, manakala satu lagi dapur diletakkan air sejuk yang sama kuantitinya dengan air yang panas (di sebelahnya). Api dapur yang dinyalakan pun sama nyalaannya.

Jawapannya...Air panas memang lebih cepat menggelegak.

Walau bagaimanapun, lebih selamat sekiranya minum air yang dimasak daripada air sejuk/air paip kerana air yang sudah dijerang lebih banyak mengandungi bahan mineral terlarut. Sebab itulah Ustaz Amran (di sekolah dahulu) tidak membenarkan menjerang air untuk kali kedua semasa berkhemah di Gunung Ledang.

6 komen:

Unknown berkata...

Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan soalan mengapa sampah berbau busuk walaupun baru semalamam.

Satu shj sebabnya iaitu ada air dlm sampah tersebut. Air sampah sebenarnya berbau lebih busuk daripada sampah itu sendiri. Dan air sampah ini jugalah yang akan membiakkan ulat sampah. Sebab itu di sesetengah negara luar (saya tidak pasti di mana) ada langkah2 tertentu yang perlu dibuat sebelum membuang sampah terutamanya sisa makanan. Contohnya, sisa kuah atau minuman hendaklah dibuang dahulu di dalam sinki barulah sisa yg lain dibuang ke dalam tong sampah.

Terlanjur bercerita hal sampah, suka saya mengajak sdr. Anuar utk mempraktikkan kitar semula. Insya-Allah amalan ini memberi manfaat kepada alam sekitar, diri kita dan mungkin poket kita juga.

Sekian.

Mohd Faizal berkata...

Air panas memang cepat menggelegak disebabkan molekul-molekul airnya, H2O sudah 'diaktifkan' ( ikatan antara molekul sudah agak longgar).
Panas kan 'ais' lagi lambat untuk menggelegak..hehe!..
Teori Pepejal>Cecair>Gas

Your curiosity is wonderful!

Unknown berkata...

Puan Zaharah,
Pernah saya terlalu malas, sehingga berulat tong sampah itu. Saya sudah praktikkan kitar semula, bermula dengan surat khabar. Botol&plastik belum banyak lagi.

Tuan Faizal,
Tuan bijak!

Unknown berkata...

Sr. Anuar,

Tak kisahlah, janji dapat minum dan dapat hilangkan dahaga.

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Yang penting dapat air percuma bukan?

Unknown berkata...

Yezzaaa! Terima kasih kepada Tan Sri Khalid.