Di bahagian majalah, cuma Rafiq sahaja yang bertangan kidal. Cacat? Tidaklah. Ia dipanggil orang istimewa! haha.

Pernah ada orang kata, individu yang bertangan kidal dikaitkan dengan kejahatan. Namun tidaklah betul sama sekali. Hanya kerana orang itu tidak melakukan semua perbuatan dengan tangan kanan, tidak sewajarnya dianggap tidak elok. Tidak pula Rafiq makan dengan tangan kiri, tetapi tidak pastilah dia masuk ke masjid masih dengan kaki kiri.

Kelebihan orang kidal ini banyak pada arena sukan. Memang Rafiq aktif dalam sukan. Asal ada sahaja sukan di DBP ini, ada sahaja mukanya. Walau bagaimanapun, Rafiq tetap "lauk" kepada Murad dalam pertandingan badminton antara jabatan DBP. huhu.

Yang paling ketara, banyak rakan-rakan yang kidal pandai matematik. Contohnya Farhana (rakan sekerja di Seven Eleven selepas SPM dulu) dan Fiza (kawan di UIA). Kini Farhana di Kementerian Kewangan (patutlah) dan Fiza di TM.

10 komen:

S.YanaZ berkata...

Abg saya yg kidal, mempunyai tulisan tangan yg cantik dan pandai melukis.

Oh!Juga aktif dlm bolasepak.

azlishukri berkata...

awat nama-nama wanita aje yang diingat guna tangan kidal...

Unknown berkata...

Kak Shahriah,
Oh ya? Otak kanan dia mantaplah tu.

Azli,
Hahaha. Aku kan anak "abah".

Tanpa Nama berkata...

Kanan ke kidal ke, syukur sebab ada tangan.

Dekat pasar malam baru ni ada budak Siam/Myanmar yang tak ada tangan mita sedekah. Dia asyik putar-putarkan kedua-dua tangannya itu ke atas macam gulung tali layang-layang, supaya nampak tangannya itu.

Kesian memang kesian. rasanya diapun tak peduli kanan atau kidal. Sebab dia tak merasai nikmat itu.

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Bersyukur atas rahmat Allah dan semoga kita tidak kufur nikmat-Nya.

sinaganaga berkata...

Emily bukan saja kidal, malah 'mirror image'. Topik yang menarik untuk dikaji.

Ticer Syah berkata...

to s.yanaz

adik saya yang kidal tulisan tak comel pon.. hehe

S.YanaZ berkata...

Mama cute,
abg sy yg kidal, tentu bbeza dgn
adik mama.

Sy bkn kidal, tulisan masih 'santekkk' juga.

Ha.ha.

Unknown berkata...

Tuan Naga,
Ini kena mengkaji lagi nampaknya,

Mama Cute,
Belum comel lagilah tu.

Kak Shahriah,
Allah suka yang indah.

Denanz ... berkata...

Man Kidal (Lefthanded) dah ada cucu ...