Artikel lepas, Tuan Faizal menyatakan, "Air panas memang cepat menggelegak disebabkan molekul-molekul airnya, H2O sudah 'diaktifkan' ( ikatan antara molekul sudah agak longgar). Panas kan 'ais' lagi lambat untuk menggelegak..hehe!.. Teori Pepejal>Cecair>Gas."

Bagaimana pula hendak membekukan ais? Adakah ais akan lebih cepat membeku dengan air sejuk ataupun dengan air panas?

Sebenarnya sains menjadi lebih menarik sekiranya dicuba sendiri. Saya bukan pelajar jurusan sains (saya jurusan agama), tetapi menurut Kak Ritah yang menghadiri Seminar Lautan Biru (daripada buku Blue Ocean Strategy), "Mengapa Tony Fernandez yang pakar dalam bidang muzik diberikan cabaran untuk mengendalikan industri penerbangan?" Kak Ritah jawab sendiri, "Sebab dia mengetahui kehendak pelanggan." Mungkin sebab itulah bos memberikan saya tanggungjawab mengendalikan majalah Dewan Kosmik supaya dapat mengetahui minat pembaca bukan aliran sains untuk membaca majalah sains.

Saya pun mencuba meletakkan air panas dan air sejuk ke dalam dulang kiub ais ke dalam peti ais baharu (baca: lama). Jawapannya, air sejuk (dari paip) lebih cepat beku berbanding dengan air panas. Namun air panas cuma lambat membeku tidak lama selepas itu, mungkin tidak lebih 15 minit.

Ironinya, saya mendapat maklumat sekiranya dua baldi yang masing-masing berisi air panas dan air sejuk diletakkan di luar rumah semasa musim sejuk (di negara beriklim empat musim), air yang panas akan membeku dahulu. Mengapa?

Mungkin sekiranya air panas, penyejatan akan menghilangkan banyak jisim air, jadi tidak perlu banyak air yang perlu dibekukan.

Mungkin Tuan Faizal dapat menjawab dengan secara saintifik.

4 komen:

Mohd Faizal berkata...

Wahh...Tuan Anuar ada further experiment rupanya..sebenarnya saya pun tak tau ada fenomena air panas lebih cepat membeku berbanding air sejuk sekiranya diletakkan dalam kawasan sejuk..

Sepintas lalu ia seakan-akan menyalahi hukum fizik! Tapi bila saya google, rupa-rupanya fenomena tersebut wujud. Ia dikenali dengan Kesan Mpemba(Mpemba Effect). Menarik kisah Mpemba Effect ni sebenarnya. Apa yang saya faham, fenomena ini agak sukar untuk berlaku kerana ia melibatkan banyak faktor dan parameter lain seperti kekonduksian haba, olakan, ruapan, penguraian gas, dan radiasi selain faktor suhu sekeliling dan juga jenis bekas yang digunakan. Untuk lebih lanjut, boleh rujuk di sini
http://www.bbc.co.uk/gloucestershire/weather/2003/12/ice.shtml

Unknown berkata...

Tuan Faizal,
Saya suka ulasan yang diberikan. Baru umum mengetahui keajaiban yang Allah tunjukkan untuk kita fikirkan.

sinaganaga berkata...

Nuar,
Mengapa kalau panas kita pakai baju dan kalau sejuk kita pakai selimut? Adakah ia berkaitan dengan 'luas permukaan per isi padu'?

Unknown berkata...

Wah terima kasih atas info ini