Binatang yang menjadi model untuk kulit hadapan Dewan Kosmik keluaran Jun 2008 ialah Burung Botak Upih atau Milky Stork. Burung ini dipilih kerana begitu fotogenik, dan pose nya begitu asli (tidak perlu memasuki Bintang Remaja pun). Burung ini kini tinggal lebih kurang 100 ekor sahaja di Malaysia. Yang mana satu visual yang menarik?

Ini antara yang menarik. Sebenarnya ada enam visual lain lagi (yang tidak menarik-malu untuk dipaparkan). Hasil perbincangan dalam Majlis Reka Bentuk DBP-DAWAMA, visual di bawah inilah yang dipilih. Foto ini dirakamkan oleh Encik Mohd Yaman (DAWAMA).

Walau bagaimanapun, kulit hadapan Time terbaharu memang sangat menarik. Ada kisah pilu melihat kulit hadapan itu.(Maaf. Foto kurang jelas).

8 komen:

Unknown berkata...

Gambar tu semua menarik. Sebab haiwan tu makhluk yang menarik. Tidak kiralah macam mana dia posing.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Kak Ritah,
Fotogenik tak?hehe

Unknown berkata...

Haiwan dalam apa-apa keadaan pun fotogenik la...

Harap secantik visualnya apabila dicetak nanti.

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Sudah siaplah.Mari ambil di meja saya.

Unknown berkata...

Kan dah cakap ... apabila dah siap cetak, tak secantik visual asal. Teruskan usaha. Usaha tangga kejayaan!

Unknown berkata...

Kak Ritah,
Kalau ada masalah visual, tidak boleh bertugas di bahagian forensik. haha

Unknown berkata...

OK lah. Nak sedapkan hati awak - Cantiklah visual tu.Huhuhu ... Saya tak mahu berkhidmat di Bahagian Forensik. Saya nak bertugas di Bahagian Autopsi.