Sejak saya berumur tiga tahun sehingga darjah enam, saya tinggal di kuarters Kastam di Stulang Laut, di hadapan laut yang boleh nampak tanah Singapura. Selalu saya mendengar bunyi bom kerana di hujung tanah Singapura (berhampiran Malaysia) ialah kem tentera mereka. Maksudnya bila-bila masa sahaja mereka mudah menyerang Johor. Dalam masa yang sama, Kerajaan Johor mahu kem tentera Majidee berpindah ke tempat lain, dengan tujuan untuk membangunkan tapak tanah itu. Sekiranya Singapura menyerang Johor, pasukan tentera yang boleh datang membantu dengan segera ialah dari kem PULADA di Ulu Tiram (lebih sejam ke Johor Bahru).

Dalam masa yang sama, Singapura terus mendekati Johor melalui Pulau Batu Putih (PBP) bermula 23 Mei lalu. Petang Jumaat itu, saya tidak turun ke lobi DBP bagi meraikan Pengarah Penerbitan yang punch card untuk kali terakhir di DBP semata-mata mahu melihat keputusan pemilikan PBP. Keputusannya semua sudah maklum, ia kini milik Singapura.

Pernah suatu masa dahulu Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (JUPEM) berbangsa Cina yang meletakkan PBP di dalam wilayah Singapura. Tiada bantahan pada masa itu, Malaysia senyap apatah lagi Singapura. Isu mula timbul apabila Ketua Pengarah JUPEM beralih kepada orang Melayu. Beliau membuat peta Malaysia yang baharu dengan meletakkan PBP di dalam wilayah Johor. Singapura mula bising lalu Kerajaan Malaysia mengarahkan supaya "lawan". Namun ada pihak menasihati kerajaan supaya tidak lawan di ICJ kerana pihak itu dan pasukan penyelidik sudah tahu Malaysia tidak punya bukti kukuh untuk memiliki PBP. Beliau menyarankan supaya PBP hanging sahaja.

Kalau diselidiki, Singapura sudah lama merencanakan matlamat ini. Mereka mengambil jangka masa panjang untuk melakukan tindakan ini. Baru kini strategi David Marshall (Ketua Menteri Singapura pertama-Yahudi) berhasil. Yahudi memang pakar dalam merampas tanah orang lain.

Selepas kedua-dua kerajaan bersetuju membaca kes ini ke ICJ, lalu Arkib Negara, JUPEM dan Wisma Putra pun menjalankan tugas. Dokumen-dokumen penting berkenaan isu ini hanya ada di arkib London, India, Australia, New Zealand, dan beberapa negara lain. Di Johor tidak ada banyak surat/dokumen yang menyokong. Percaya atau tidak para penyelidik Malaysia ini hanya singgah sebentar-sebentar sahaja di semua tempat itu untuk mencari dokumen penting kerajaan? Sedangkan dalam masa yang sama, Singapura meletakkan seorang pegawai (atau proksi) yang sudah bertahun-tahun duduk menjalankan penyelidikan di semua tempat itu. Puncanya, kita tiada bajet.

Pegawai Malaysia sudah tahu Malaysia tidak berupaya memiliki PBP, tetapi tetap menjalankan penyelidikan untuk menghadapi "kalah bermaruah". Tidak ada dokumen yang dapat menyokong sepenuhnya tuntutan Malaysia. Walaupun memang benar ada surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang seolah-olah menyerahkan PBP kepada Singapura pada 1953, namun itu bukanlah faktor pemilikan Singapura ke atas PBP. SUK Johor tidak memiliki kuasa menyerahkan kedaulatan, dia cuma ada kuasa menyerahkan pentadbiran PBP sahaja. Walau bagaimanapun, sultan juga tidak berhak untuk menyerahkan kedaulatan wilayah Johor.

12-4. Itu keputusan hakim-hakim ICJ. Undian 4 memihak kepada Malaysia kerana mereka melihat pada isu kedaulatan atau act of sovereignty. Manakala 12 memihak kepada Singapura lebih melihat pada isu pendudukan efektif atau effectivite yang Singapura lakukan di PBP dengan membina rumah api. Cara penghakiman ICJ ini juga sama dengan cara yang dilakukan di Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Malaysia memajukan kedua-dua pulau itu, tetapi Indonesia tidak melakukan apa-apa.

Cara penghakiman inilah yang merisaukan rakyat Johor lagi kerana caranya sama seperti yang berlaku di Pulau Pisang. Kini Malaysia memiliki pulau itu, tetapi aktiviti (rumah api) dijalankan oleh Singapura. Pulau itu hanya kira-kira 20 kilometer dari Pontian, tetapi jauhnya lebih empat kali ganda dari Singapura.

Malaysia pernah ada peluang untuk memiliki secara total PBP. Peluang itu menjelma antara tahun 1963 sehingga 1965, iaitu semasa Singapura bergabung dengan Malaysia. Sepatutnya dalam masa tiga tahun itu, JUPEM patut melakarkan peta Malaysia yang meletakkan PBP di dalam wilayah Johor. Namun tiada siapa yang sedar, mungkin mereka alpa.

Sebenarnya selepas Malaysia memiliki Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, ada satu lagi yang menjadi gunting dalam lipatan, iaitu Ambalat. Ambalat memiliki mineral minyak. Indonesia sudah menandatangani kerjasama dengan Shell di Ambalat. Namun perjanjian itu dibatalkan kerana ia sudah dimiliki Malaysia. Isu ini belum selesai lagi. Rais Yatim sudah menyatakan tidak akan merujuk pada ICJ. Parlimen juga menolak isu PBP di dalam Dewan Rakyat.

Mungkinkah banyak lagi tanah Malaysia yang terpaksa dibawa ke ICJ pada masa akan datang? Kasihan anak cucu kita nanti yang terpaksa menanggung kesilapan nenek moyang mereka. Seperti yang kita lakukan kini dengan menyalahkan orang dahulu.

11 komen:

Mohd Faizal berkata...

Saya kagum dengan maklumat dan pengetahuan saudara..

Kenapalah agaknya Malaysia seolah-olah tidak berkuku menghadapi Singapura. Daripada isu harga air sehinggalah Batu Putih, semuanya menampakkan kegagalan.

azlishukri berkata...

Tiada jalan terbaik untuk berjaya, menangis atau merungut tentang ketewasan kita terhadap Singapura. Masa telah tiba kita bangkit bersama-sama melalui kekuatan masing-masing. Melihat rebahnya Pulau Batu Putih menjadikan kita lebih bimbang tentang WPI sebuah lagi Pulau dalam Pulau yang tanpa kita sedar makin rebah ke bumi Temasik. Baka Sang Rajuna Tapa sudah tiada lagi,seharusnya generasi pengkhianat sudah lama ditelan zaman, namun tidak begitu sunnahtullah yang menjadi pengkhianat tetap ada, melalui baka yang diwarisi, generasi muda jangan membina baka yang sebegini, ada benar kata-kata daripada Cyril Dean Darlinton, ahli genetik British yang mendakwa tamadun akan berkembang maju atau boleh runtuh berdasar kepada penentuan baka. Harapan kita, kekalahan merebut Pulau Batu Putih bukanlah menjadi titik lemah untuk kita terus berjuang.

Tanpa Nama berkata...

ASM Sdr Anuar
Bagaimana menyebarkan lebih luas lagi tulisan sdr ini supaya dapat menggerakkan fikiran orang kita menilai kembali isu-isu nasional dan sejarah.Saya juga gembira melihat usaha sdr tolong mempopulerkan KOSMIK.Kenapa tidak sdr olah semula tulisan Pulau Batu Putih untuk D.Masyarakat?

abdul hayyi berkata...

Asslmkum.

Semakin banyak saya baca mengenai PBP, semakin risau jadinya.

Terima Kasih atas maklumat yang dikongsi.

Unknown berkata...

Faizal,
Tahniah artikel tersiar lagi dalam estidotmy.

Azli,
Mesti kau pernah baca buku Dare to Fail bukan?hehe

Dato' Baha,
Pada asalnya memang niat begitu, tetapi ada isi yang pasti menimbulkan polemik. Lagipun editor terbabit berani menyatakan isu ini sebagai isu yang terpinggir dari rakyat Malaysia.

Abdul Hayy,
Kerisauan membuatkan kita berwaspada.

azlishukri berkata...

Nuar, aku tak baca buku Dare to Fail tu, tapi kalau tak silap aku, buku Dilema Melayu, tulisan Dr M.

Tanpa Nama berkata...

Saya memilih bercakap yang ringkas dan padat tentang Pedra Branca. Bacalah catatan di blog saya - Pedra Branca dalam Bahasa. Begitu juga dengan ulasan saya di dalam blog Dato' Baha.

Dah resam orang kita pandai menangis apabila sudah kehilangan. Semasa ada, tidak dipedulikan. Tulisan Jawi misalnya. Bahasa Melayu juga nampaknya akan menerima nasib yang sama.

Unknown berkata...

Azli,
Saudara memang banyak membaca. Bagus!

Kak Ritah,
Semoga istiqomah dalam perjuangan memartabatkan BM.

Unknown berkata...

putih tulang, putih mata...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sdr. Anuar. Carilah sakinat dalam kehidupan ini.

TEAM KAMI berkata...

tahniah khir,
aku tak sangka minda sedara aku dah sampai tahap dunia.mengenai pulau batu putih ni menjadi isu rakan sejawat aku memperkatakan sewaktu duduk mengeteh (ayat jawa) di kantin.ungkapan yg sering rakan aku katakan "pulau putih mata".yg kita dapat "pulau kontot".ok khir keep going on with the latest article.kalo aku tak bukak blog abg ko kompom aku tak jumpa blog ko.hehehe.