Datuk Dr. Hasan Ahmad, "Setahun yang lalu, saya berbisik kepada Pak Lah supaya mengubah dasar bahasa Inggeris (BI) dalam mata pelajaran sains dan matematik, beliau berjanji akan melaksanakannya, tetapi tidak ubah-ubah lagi. Kalau tidak mahu ubah, cakap sahaja tidak mahu, jangan berdalih-dalih."

Datuk Dr. Hasan Ahmad, "Orang politik yang suka cakap BI, apabila bertemu rakyat mesti cakap bahasa Melayu (BM), kalau tidak sudah tentu kalah."

Datuk Dr. Hasan Ahmad, "Orang bukan Melayu lebih menguasai BM berbanding dengan orang Melayu sendiri. Kerana orang Melayu gemar menggunakan dialek masing-masing."

Datuk A. Aziz Deraman, "Semasa saya bersama-sama Datuk Hasan Ahmad bertemu Pak Lah pada 2002, Hasan Ahmad ada berpesan, 'Kalau tidak ubah dasar BM, UMNO akan kalah."

Datuk A. Aziz Deraman, "Siakap senohong ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri."

Datuk A. Aziz Deraman, "Dalam mesyuarat MT UMNO, mereka pernah melabelkan "cendawan" bukannya "cendekiawan" kepada tokoh seperti Nik Safiah Karim dan Wan Hashim Wan Teh."

Datuk A. Aziz Deraman, "10 tahun lalu semasa pelajar Melayu bermasalah menguasai BI, ada ahli korporat mencadangkan supaya semua perkara ditukarkan menjadi BI, termasuklah drama BM. Sama seperti di Indonesia dan Thailang, drama Hindustan pun dalam bahasa mereka."

Datuk A. Aziz Deraman, "Saya ingat lagi kata Nik Safiah Karim dalam Jendela Utara yang merasa malu kerana ibu bapa berucap dalam BI semasa majlis perkahwinan anaknya di hotel."

Datuk A. Aziz Deraman, "Semasa saya mengikuti rombongan Datuk Seri Najib bertemu Perdana Menteri China, beliau bercakap dalam BM. Kemudian diterjemahkan dalam bahasa Mandarin kepada PM China. Mengapa tidak menteri-menteri lain melakukan perkara yang sama?"

Datuk A. Aziz Deraman, "Semasa di R&R Plus, ada seorang ibu bercakap dalam BI semata-mata mahu bertanyakan jenis makanan kepada anaknya."

Datuk A. Aziz Deraman, "Di sekolah, tiada lagi lagu-lagu seperti Enjit-enjit Semut atau Pok Amai-amai. Yang ada lagu Twinkle-twinkle Little Star."

Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim, "Saya hidup dengan dapat melihat zaman kegemilangan BM, dan dapat melihat orang merosakkan BM."

Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim, "Agaknya pucuk pimpinan kita matanya kurang nampak sehingga menyalahkan dasar BM punca masalah penguasaan BI."

Profesor Emeritus Datuk Nik Safiah Karim, "Orang yang menukarkan bahasa Melayu menjadi bahasa Malaysia adalah berdosa besar!"

5 komen:

Tanpa Nama berkata...

salam
nuar,
:-) ini belum kira masalah penggunaan bahasa di kalangan bloggers..
kadang2 lagi suka kalau bloggers guna bahasa inggeris..
Ada yang kata untuk tatapan anak2 masa akan datang. Akan tetapi, kalau dah guna bahasa rojak, bagaimanalah agaknyanya penggunaan bahasa anak-anak masa depan...?

rafiza

Anuar Manshor berkata...

Rafiza,
Orang buta hanya mendengar sahaja. Ada teknologi yang membolehkan teks di dalam komputer "bersuara". Sekiranya dirojakkan/dicarcamerbakan bahasa, kasihan orang buta tidak dapat "membaca" internet.

rafiza berkata...

Sebenarnya tertinggal satu ayat. Kadang-kadang lagi suka kalau bloggers guna bahasa inggeris kerana 'lantak pi la' kalau rojak pun...

Rasa teruk pula cakap begitu. Tetapi sememangnya geram dengan orang yang menggunakan 'bahasa rojak terlampau'.(mungkin ada yang tidak boleh elak kerana itu sahaja cara penyampaian yang dia tahu)Tapi berpada-padalah..

Suka membaca artikel anuar berkenaan apa yang org lain tak pernah terfikir untuk bincang atau katakan.
Sebagai contoh tentang warna, bulan februari, uban, warna kereta dll. Tulislah ttg 'kenapa kicap berwarna hitam'.Atau saya seorang saja yang tak tahu kenapa...:-)

Satu soalan lagi, apa impaknya seminar-seminar sebegini kepada masyarakat?
p/s:kena jaga bahasa bila komen di blog anuar manshor ni...

Anuar Manshor berkata...

Rafiza,
Saya penggemar kicap. Tentu saya akan mencari punca warnanya hitam.
Dalam seminar, yang hadir paling kurang 50 orang. Seperti menebar jala, yang "terkena" cuma beberapa ekor sahaja, tetapi cukup untuk dijual atau dimakan.

Unknown berkata...

網頁設計 網路行銷 關鍵字廣告 關鍵字行銷 餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 婚禮顧問 婚禮顧問 水晶 花蓮民宿 血糖機 血壓計 洗鼻器 熱敷墊 體脂計 化痰機 氧氣製造機 氣墊床 電動病床 ソリッドステートドライブ USB フラッシュドライブ SD シリーズ