Saya tidak suka kucing. Emak pernah membela kucing semasa saya belum wujud lagi di dunia, tetapi abah melarang membelanya sejak berpindah ke kuarters Kastam (flat).

Di asrama dahulu, saya pernah "membaling" kucing dari katil tingkat atas kerana kucing itu mahu "melepak" tidur bersama-sama. Saya mula membenci kucing sejak membaca artikel yang menyatakan bulu kucing boleh menyebabkan asma.


Di asrama, kucing terlalu banyak. Siap ada diberikan nama. Selalulah pernah mendengar kucing berdengkur macam kawan-kawan (termasuk saya?). Faktanya:
  • Kucing berdengkur untuk mengurangkan stres seperti sedang mengandungkan anak, semasa cedera, sedang ketakutan, dan sedang nazak.
  • Berdengkur juga bentuk komunikasi antara ibu dan anak kucing kerana anak kucing yang baru lahir tidak dapat melihat, tetapi boleh merasa getaran dengkuran ibunya.
  • Ia juga menjadi isyarat bahawa "semuanya dalam keadaan selamat" kepada anak kucing. Kemudian anak kucing pun berdengkur bersama-sama ibunya.
Bentuk dengkuran kucing ada sedikit persamaan dengan cara manusia berdengkur. Kucing menggetarkan membran "pita suara tiruan" di belakang pita suara sebenar kucing.

Semasa zaman jahat dahulu, kerap juga membuli kucing. Biasanya kucing-kucing menjadi mangsa simbahan air semasa mandi. Semoga diampunkan dosa-dosa lampau... Namun mengapa banyak kucing yang takutkan air seperti kambing?

Bulu kucing berfungsi sebagai perlindungan daripada kesejukan. Sekiranya basah atau sejuk, keadaan ini boleh menyebabkan kehidupan kucing sedikit bermasalah. Mungkin inilah sebabnya kucing takutkan air.

Namun ada sejenis kucing, iaitu Fishing Cat yang tidak takutkan air, malah pandai berenang dan menyelam di dalam air untuk mengejar ikan dan itik. Kucing jenis Turkish Van pula suka mandi sehingga gemar melompat masuk ke dalam tab atau tasik untuk mandi.

Ada juga orang yang tergamak memakan kucing.





6 komen:

Tanpa Nama berkata...

awakkkkkk!tak boleh terima!makan kucing?Gross!!!!!
p/s rasa tak lalu nak makan selepas melihat gambar2 ni

Tanpa Nama berkata...

Sadis betul. Saya sarankan sdr. keluarkan gambar perilaku manusia yang berperibinatang itu secepat mungkin.Kejam, kejam, kejam 1000X

Tanpa Nama berkata...

ya,
saya setuju dengan kata-kata komen di atas.
keluarkanla gambar-gambar tu.
sangat kejam dan tidak ada peri kemanusiaan.
kalau terima melalui emel boleh diterima lagi..
tapi terpulang pada empunya blog mungkin ada matlamat, agenda sendiri..

"Rasulullah sayangkan kucing"
Ada kajian psikologi menunjukkan orang yang sayangkan kucing merupakan seorang penyayang (seperti suami saya..haha)

Saya juga bukanlah penggemar kucing, terutama di kedai makan atau sesiapa yang membela kucing dan memberi makanan khas nya itu (maksudnya saya agak takut dengan kucing, tapi saya sayangkan kucing kerana ianya sunnah) Saya dapat bezakan antara kucing belaan yang diberi makan friskies dan makanan biasa. Ini kerana jiran saya memberi makan frieskies dan bau najisnya sangat mengganggu hingga ke dalam rumah saya..
Manakala ibu mertua saya mempunyai kucing diberi makanan biasa seperti nasi, ikan dsb, dan bau najisnya adalah lebih neutral.. Entahlah, mungkin pemerhatian saya hanya sekadar dalam ruang lingkup yang kecil sahaja..

Orang-orang tua kata, kucing boleh jaga rumah kita..dan menjaga kita (ibu mertua saya pernah diselamatkan daripada ular tedung kerana kucingnya menderam dan mengiau dengan garangnya)
Kalau tak salah saya ada hadith juga berkenaan kucing tapi saya tidak ingat..

Unknown berkata...

Fadhilah,
Berselera saya lihat awak makan.

Ritah,
Inilah realiti.

Sarah berkata...

Erghh!! macam sembelih ayam je! Rasa nak jadi vegeterian je.

Unknown berkata...

Rafiza & Aniz,
Kasihan kucing itu...