Pukul 11 pagi semalam, ada mesyuarat mengejut bagi merombak semua bentuk atau konsep penulisan. Artikel Aninah Janang menjadi rencana utama, Azli Shukri kena mengubah jalan cerita artikelnya, Dr. Firdaus menawarkan diri untuk menulis, Encik Zulkifli pun mahu menulis, saya sendiri kena "mengejar" Nurul Izzah untuk wawancara.

Waktu deadline hantar artikel: PUKUL 7 MALAM!

Mujur pukul 3.30 petang, Nurul Izzah ada buat sidang akhbar di rumahnya. Pukul 5 petang baru tiba di pejabat. Siap menulis artikel pukul 7.30 malam. Terlajak!

Shukri kata, "Kau tambah nama-nama ahli parlimen yang bawah 40 tahun, kemudian ceritakan susur galur politik Najib semasa muda." Aduh!

Pukul 8 pagi tadi baru hantar kembali artikel. Sebab saya tidur di meja zzzz....

10 komen:

AM berkata...

woah. hebat.
di mana boleh dibaca artikel itu?

Anuar Manshor berkata...

Am,
Hebatkah? Agaknyalah... Nanti ada di pasaran. Tungguuuu...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa sejuk je hati bila baca ulasan kat satu akhbar nasional ttg apa yg berlaku di kedah. ANtaranya:-

1) Pengusaha2 Hotel bertaraf 4 dan 5 bintag telah mengambil inisiatif tidak menjual arak secara terbuka

2) pakaian pekerja pasaraya dan hotel (bg perempuan) akan dikaji semula dan akan dilaksanakan berdasarkan kehendak kerajaan baru Kedah

3) Ada pengusaha2 hotel di Kedah menghubungi Pengusaha2 hotel di Kelantan utk mengetahui corak pengurusan mereka di bawah kerajaan kelantan

4) Banyak syarikat2 korporat yg bertapak di Kedah sdg mendampingi kerajaan baru kedah bagi menjalin hubungan baik

5) makcik2 penjual tudung kata, pasni jualan tudung pasti akan meningkat dgn berlipat kali ganda

P/S : semuanya tanpa apa2 arahan lagi dari pihak kerajaan baru kedah. satu perkembangan yg positif..

sinaganaga berkata...

Aku yang tak stay kat opis pun tgh ngantuk ni zzzzzz...

zuldean07 berkata...

apa cerita di Selangor dan Perak yer?

Mohd Nadmin berkata...

anuar,

aku bgn pagi hari ahad hari tu di Alor Star,
Bersebelahan bangunan UMNO Kedah..
aku menghirup udara baru..
segar..
pagi itu, semua org yang aku jumpa terasa mesra..
aku singgah di warung sebelah bangunan UMNO..
satu warung terasa macam satu keluarga..

Nazmi Yaakub berkata...

susur galur najib masa muda? kui kui kui.. dewan masyarakat ada agenda tersembunyi? he he he

kirim salam pada shukri.

Anuar Manshor berkata...

Tanpa Nama,
Orang Kedah tak kecoh-kecoh pun.

Naga,
Minumlah "Aku mahu kuat!"

Zuldean,
Mereka sedang memilih ketua pembangkang.

Nadmin,
Aku minum kopi buatan kilang di Selangor, kerajaan baru.

Nazmi,
RAHMA'N'. N: Najib kot.

Usratika berkata...

hehehe..cian ko nuar..tkejor sana..tkejor cni..go brother go...

malie
"dengarkan lagu usratika di usratika.blogspot.com"

Anuar Manshor berkata...

Malie,
Wah! Macam2 projek kau sekarang. Hebat!