Sudah dua hari saya mendiami rumah di Bandar Tun Hussein Onn. Sudah dua hari juga saya dapat tidur nyenyak, tetapi tidaklah sampai terlajak solat Subuh;) Begitu nyenyak tidur kerana suasana persekitaran rumah yang jauh daripada bising/hingar jalan raya. Berbeza dengan rumah di USJ yang amat dekat dengan lebuh raya. Semasa tidur juga dapat dengar deruman enjin kenderaan.

Dalam istilah bahasa Inggeris, sleep tight merujuk pada keadaan tidur yang nyenyak. Sekiranya diterjemahkan, mungkin bermaksud "tidur dalam keadaan ketat". Pelik. Bagaimana istilah ini boleh merujuk pada keadaan tidur yang nyenyak?

Istilah ini sudah wujud sejak abad ke-18. Ia diambil bersempena dengan bentuk tilam yang mempunyai sokongan tali pada setiap penjuru tilam. Berbeza dengan tilam pada masa kini yang mempunyai spring ataupun span, tilam pada zaman dahulu cuma mengandungi bulu. Tali yang dianyam pada tilam akan diketatkan atau ditarik supaya tilam itu tidak melendut.

Mungkin disebabkan itulah orang berkata, "Tidur dalam keadaan ketat" atau sleep tight untuk merujuk pada tali, iaitu supaya tali itu cukup ketat sehingga orang yang tidur akan mengalami tidur yang nyenyak.

Ada orang tidak mahu terlalu selesa tidur kerana mahu bangun Qiyamullail.

3 komen:

Blog Rasmi Motivasi Minda berkata...

HuhuHu saya datang jam 2, kelihatan meja kosong sana sini. Ampun maaf pak...

Mohd Nadmin berkata...

kan aku dah kata..

maklumat yg ko bagi ni..aku tak penah terfikir pun nak tau..

bagus..teruskan memberi maklumat..
lagi satu..aku dah update blog..haha (ada maksud tu)

Anuar Manshor berkata...

Zamri: Ana tunggu enta sheikh selepas wawancara itu:(

Nadmin: Disebabkan aku pun tidak pernah terfikir sebelum ini. Hehe.