Bahagian Majalah DBP

Bahagian Majalah DBP & Unit Majalah Dawama

Setiap bulan, editor-editor Bahagian Majalah DBP akan duduk berbincang dengan Unit Majalah Dawama berkenaan isu-isu fokus bagi keluaran majalah dua atau tiga bulan akan datang (prapenerbitan). Dalam masa yang sama juga, kami akan duduk mencari sebab kesilapan dan kekurangan bagi setiap majalah yang sudah diterbitkan (pascapenerbitan). Setiap bulan juga kami akan bermesyuarat berkenaan kulit majalah (design council).

Saya suka apabila tiba masa mesyuarat-mesyuarat ini. Suka melihat orang-orang besar kedua-dua belah pihak bertekak dan bertelagah. Walau bagaimanapun, sesudah tekak "perit", boleh pula mereka duduk semeja menikmati hidangan yang disediakan. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Saya suka mendengar dan melihat. Kemudian, santap sahaja jamuan...

2 komen:

Abu Anas Al-Ikram berkata...

Maklumat yang menarik. Kalau beginilah tindakan yang dilakukan, pastinya kualiti penerbitan majalah dewan akan sentiasa meningkat. Sehingga kini, banyak perkembangan yang dapat dilihat namun ia masih belum benar-benar menggugah. Secara peribadi, sebagai pembaca, saya mahukan majalah yang menggugah seperti gahnya 30 tingkat Menara Dewan. Justeru, bagi diri saya sendiri, saya berikan masa setahun untuk melihat perkembangan majalah dewan ini. Perkembangan yang dimaksudkan itu adalah secara menyeluruh daripada kepantasan dan kecekapan menanggapi isu semasa, kontemporer dan menggugah minda serta persembahan yang menarik, mempesona dan berupaya memikat hati semua lapisan pembaca.

Selepas setahun, majalah dewan harus memeliki pesona yang mampu membuatkan pembaca ketagih kepadanya. Ada sahaja isu semasa, mereka menunggu, apa kata majalah dewan. Ada sahaja perkembangan terbaru, mereka akan terus merujuk majalah dewan.

Setahun!, mungkin bukan pada semua tetapi khusus kepada Dewan Kosmik. Tuan Editor! Setahun!!! ;)

***Ramai orang memiliki harapan yang tinggi kepada Dewan Kosmik kerana tuan. Buktikan tuan.

Anuar Manshor berkata...

Insya-Allah Ikram. Akan kucuba mengangkasakan majalah Dewan Kosmik;)